Khamis, 2 Februari 2017

Telur Masin

Salam bertani.

Mula-mula WP memelihara itik telur hanya beberapa ekor sahaja untuk suka-suka. Masalahnya kalau kita beli makanan itik secara runcit (sedikit) harganya agak mahal, lebih kurang RM2.60 sekilogram.
WP cuba survey bekalan makanan itik terus daripada pembekal untuk dapatkan harga yang lebih murah, tetapi perlu beli sekurang-kurangnya satu beg. Satu beg beratnya 50 kilogram dengan harga RM90.00. Bila dikira, tak sampai RM2.00 sekilogram.

Jadi WP ambil keputusan tambah ternakan itik sehingga tiga puluh ekor. Ada dua puluh enam ekor betina dan yang selebihnya jantan. WP beli makanan itik satu beg boleh tahan sampai empat minggu.
Setiap hari WP boleh kutip tidak kurang lima belas biji telur itik.

Bila bekalan telur banyak dan tak termakan, WP buat telur itik masin. Prosesnya senang sahaja. Telur-telur yang telah dibersihkan direndan ke dalam air garam selama 2 minggu sebelum dituai menjadi telur masin. WP gunakan larutan garam kasar yang dididihkan terlebih dahulu, dan dibiarkan sejuk sebelum digunakan.



Telur itik direndam ke dalam larutan garam kasar
menggunakan balang kuih. Tambahkan dua sudu cuka makan
untuk mempastikan larutan garam sentiasa jernih dan tidak berbau.



Setiap balang boleh memuatkan 25 biji telur itik



Simpan di tempat bersuhu bilik selama dua minggu.




Setiap balang dituliskan tarikh mula-mula merendam telur.
Selepas dua minggu, telur itik akan dikeluarkan, dibersihkan daripada
larutan garam dan dikeringkan.



Telur masin rebus buatan sendiri.
Tidak terlalu masin dan boleh dimakan begitu saja.


Sekali makan separuh biji sahaja.


Sebahagiannya dijual di pasar tani/paskam.
RM0.70 sebiji atau RM20.00 sepapan (30 biji)
Maaf, WP tak jual secara online.

Salam bertani.




2 ulasan: