Jumaat, 6 Januari 2017

Telur Ayam Kampung

Salam bertani.

WP menternak ayam kampung untuk mendapatkan hasil daging dan telurnya. Anak-anak ayam kampung yang menetas akan diternak sehingga dewasa. Ayam kampung jantan biasanya WP akan sembelih untuk dijadikan juadah tetapi ayam-ayam betina akan terus dibela untuk menghasilkan telur ayam kampung.

Hanya beberapa ekor ibu ayam kampung yang dikhaskan untuk mengeramkan telur-telur ayam untuk mendapatkan anak-anak ayam yang berkualiti. Tempoh pengeraman telur ayam adalah dua puluh satu hari sehingga menetas. Anak-anak ayam akan dikurung bersama-sama ibunya sehingga sebulan sebelum dipisahkan.

 Ibu-ibu ayam muda yang bertelur pada musim pertama biasanya menghasilkan telur yang bersaiz kecil dan tidak dieramkan. Telur-telurnya akan dituai untuk dijadikan santapan WP sekeluarga.
Ayam betina akan bertelur di dalam sangkar yang disediakan. Sangkar telur diperbuat daripada kayu atau bekas plastik dan dialas dengan daun pisang kering, kain buruk atau surat khabar lama.


Telur seekor ibu ayam di dalam sangkar telur.


Sangkar telur dialas dengan daun pisang kering.


Sangkar telur menggunakan laci almari terpakai.


Ini telur-telur dua ekor ibu ayam.
Seekor ibu ayam akan menghasilkan 8 hingga 12 biji
 telur sahaja semusim.


Seekor ibu ayam akan bertelur sebiji sehari pada waktu pagi.


Telur-telur ayam yang sedia dieramkan.


Sangkar-sangkar telur ayam disediakan di dalam reban untuk
mengelakkan serangan musuh seperti monyet dan biawak.


Ibu-ibu ayam sedang mengeram serentak.
Setiap sangkar mengandungi 15 biji telur.


Ibu ayam sedang mengeram


Ibu ayam akan mengeram selama 21 hari sebelum
telur-telur menetas


Pengeraman telur secara semulajadi.
Ibu ayam hanya keluar untuk makan dan minum beberapa hari sekali.


Seekor lagi ibu ayam yang sedang mengeram.


Anak-anak ayam berumur seminggu selepas penetasan.


Anak-anak ayam akan dikurung selama sebulan bersama-sama ibunya.


Seekor ibu ayam menjaga anak-anaknya.
Kira berapa jumlah anaknya.



Ini adalah telur-telur ayam ibu muda yang bertelur musim pertama.
Telur-telurnya bersaiz kecil dan tidak dieramkan.
Dituai untuk dijadikan santapan.

Telur ayam kampung adalah telur subur yang dihasilkan secara organik dan semulajadi. Telur subur bermaksud telur yang dihasilkan  dari persenyawaan ayam jantan dan ayam betina berbanding dengan telur yang dijual dipasar adalah telur tidak subur.

 Telur ayam kampung dikatakan mengandungi lebih banyak nutrisi dan omega 3. Ia mengandungi pelbagai khasiat kesihatan terutama untuk jantung, mata dan paru-paru kerana mengandungi kurang kolesterol berbanding telur komersial. Telur ayam kampung biasanya dimakan bersama dengan jamu atau madu untuk kesihatan badan dan stamina.

 Telur ayam kampung juga mengandungi khasiat untuk kecantikan kulit, mengurangkan jerawat dan kecantikan rambut.
Waulahualam.

3 ulasan:

  1. Takpe ke krung anak ayam slama sbulan dgn ibu dia..kalau boleh krung, bleh k dkurungkan skali dgn ayam2 yg lain pada waktu lewat ptg hingga ke pagi esok...tq

    BalasPadam
  2. Anak ayam (DOC) boleh dipelihara oleh ibu atau dipisahkan sejak menetas. Pemeliharaan doc tanpa ibunya memerlukan tempat khas yang dipanaskan oleh mentol 40w. Anak ayam tidak sesuai dicampurkan dengan ayam2 lain yang lebih besar.

    BalasPadam
  3. Apakah maksudnya “seekor ibu ayam akan menghasilkan 8-12 telur semusim? Semusim itu berapa lama?

    BalasPadam