Ahad, 13 November 2016

Tanaman Cili Fertigasi.

Salam bertani.

WP pernah mengusahakan tanaman cili secara fertigasi untuk mendapatkan pengalaman dan pengetahuan bertani secara fertigasi tersebut. Oleh kerana keperluan modal untuk memulakan projek agak besar, WP hanya melaksanakannya secara kecil-kecilan sebanyak seratus pokok. Tapak tanaman dibuat berdekatan dengan rumah di mana ada sumber air dan di kawasan yang agak lapang untuk mempastikan bekalan cahaya matahari yang cukup.


Anak benih cili di tanam dalam polibeg. Mediumnya ialah serbuk sabut kelapa.
Tapak ditutup dengan plastik dan polibeg diletakkan di atas batu bata.


Setiap polibeg disambungkan dengan satu saluran paip yang akan menyalurkan
air bernutrien mengikut masa yang ditetapkan.


Setiap pokok perlu diberikan sokongan untuk mengelakkan tumbang
atau patah.


Pokok cili sudah mula berbunga


Sudah mula berbuah.


Buah cili fertigasi. Buahnya lebih besar daripada
tanaman biasa.


Sepokon cili fertigasi yang sudah mengeluarkan hasil.


Buah cili fertigasi masih muda.


Subur menghijau.


Mengeluarkan buah yang lebat.



Perlu disembur dengan racun serangga untuk mengelakkan serangan perosak.


Buah cili yang telah matang berwarna merah.


Sudah mula dituai seminggu dua kali.
Gambar-gambar di bawah menunjukkan hasil tanaman cili fertigasi.










Bekas tangki air yang mengandungi air bernutrien yang akan disalurkan kepada
pokok setiap dua jam pada waktu siang.


Pam air yang menggunakan kuasa elektrik dan dikawal oleh alat timer 
akan mengepam larutan bernutrien dua jam sekali ke setiap polibag.


Saluran paip yang menyalirkan larutan bernutrien kepada sitiap pokok.


Oleh kerana cuaca sangat panas dan kurang hujan, sebahagian buah cili fertigasi akan rosak
dan kering sebelum sempat dituai.


WP hanya menanam cili frtigasi satu musim sahaja dan tidak berhasrat untuk menyambungnya lagi.
Pada pengamatan dan pengalaman pendek WP, menanam cili fertigasi ini banyak cabarannya dan perlukan ketelitian semasa pengurusannya. Banyak kerja rutin yang perlu dilakukan, malah ia terdedah kepada ancaman cuaca yang tidak menentu, serangan perosak, masalah kutipan hasil dan juga pemasaran. Pam air juga sering terdedah kepada ancaman petir dan mudah rosak.

 Bagi WP, projek tanaman cili secara fertigasi yang diusahakan ini bukanlah hanya mengharapkan keuntungan yang tinggi semata-mata tetapi lebih kepada untuk menambahkan pengetahuan serta menimba pengalaman dalam bidang pertanian moden.

Salam bertani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan