WP pernah menanam beberapa perdu pokok pisang serendah di sekitar kawasan rumah. Pokok pisang serendah ini ditanam lebih kepada tujuan hiasan saja kerana bentuk pokoknya yang unik dan buahnya yang menarik. Hasil buahnya pula boleh dimanfaatkan untuk pelbagai tujuan.
Ia dipanggil pisang serendah, mungkin kerana pokoknya yang rendah jika dibandingkan dengan pokok pisang yang lain. Ada juga sebahagia tempat yang memanggilnya pisang kapal. Pokok yang subur akan menghasilkan buah yang lebat sehingga hampir mencecah tanah. Pokok pisang serendah yang sedang berbuah perlu disangga di bahagian tengkuknya (pangkal tandan) untuk mengelakkan patah atau tumbang kerana buahnya yang terlalu berat.
Seperti pokok-pokok pisang yang lain, pokok pisang serendah mudah dibiakkan melalui sulur pedang yang dihasilkan oleh pokok dewasa. Sulur pisang hanya boleh diubah setelah pokok pisang dewasa ditebang atau dituai hasilnya. Pokok pisang serendah memerlukan masa setahun untuk memberikan hasil yang boleh dituai.
Bentuk dan rupa buah pisang serendah seakan-akan pisang embun (pisang masak hijau). Malah buahnya juga matang berwarna hijau cair seperti pisang embun. Buah matang pisang serendah kurang sesuai dimakan apabila masak ranum kerana ia cepat lembik (benyek) dan rasanya agak tawar. Ia sesuai dibuat cekodok, lempeng, kek atau apam pisang kerana baunya yang harum. Buah pisang serendah lebih sesuai dijadikan kerepek pisang dan perlu ditambahkan sedikit garam kerana rasanya yang tawar.
Daun pisang serendah agak lebar dan tebal. Ia sangat sesuai dijadikan bahan pembalut makanan seperti pembungkus nasi lemak, kuih koci, sata, tapai dan tempe. Ia juga dijadikan bahan pembalut untuk membakar ikan dan lain-lain. Jantung pisang serendah kurang sesuai dijadikan masakan atau ulaman kerana rasanya agak pahit.
Untuk menuai pisang serendah, kita tidak perlu menebang pokoknya. Biasanya buah pisang serendah dituai sedikit demi sedikit dengan memotong sisirnya sahaja. Ini disebabkan buah pisang serendah tidak sesuai diperam dan perlu terus dimakan apabila matang. Ia juga tidak boleh disimpan kerana cepat lembik dan rosak.
Sulur pedang pisang serendah yang tumbuh daripada induknya.
Beberapa sulur pisang serendah yang hanya boleh diubah
setelah hasil induknya dituai.
Anak pokok pisang serendah.
Sepohon pisang serendah yang baru mengeluarkan hasil.
Jantungnya perlu dipotong dan jika dibiarkan boleh mencecah tanah.
Buah muda pisang serendah.
Seperdu pisang serendah yang telah mengeluarkan hasil dan sulur.
Buah pisang serendah yang besar dan berat.
Buah pisang serendah yang hampir matang. Buah matangnya perlu dituai
sesisir demi sesisir dari bahagian atas.
WP hanya menanam pisang serendah sebagai tanaman hiasan kerana bentuknya yang unik dan jarang ditanam. Buahnya yang kurang digemari menyebabkn ianya sesuai dijadikan makanan haiwan ternakan saja.
Salam bertani.
Pisang serendah ni sedap dibuat gulai pisang atau pisang masak lemak cili api.
BalasPadamOh...tkasih banyak dgn maklumat. Semoga Allah kurniakan pahala berlipat ganda.
BalasPadamSalam
BalasPadamSaya berminat untuk menanam pisang serendah. Ada anak benihnya?
BalasPadam