Orang-orang dulu seperti WP memang biasa dengan pokok jambu bol. Boleh dikatakan setiap rumah dan kebun ada terdapat pokok jambu bol. Di hadapan rumah warisan WP ada sepohon jambu bol yang besar dan rajin berbuah. WP sering memanjatnya dan memakan buahnya sehingga kenyang di atas pokok. Tetapi sekarang pokok jambu bol tersebut telah tiada kerana ditebang.
Untuk mengelakkan kepupusan, WP ada menanam dua pokok jambu bol di belakang rumah dan telah beberapa kali berbuah. Pokok jambu bol klon yang dibiakkan melalui cantuman baji.
Mata bunga jambu bol.
Bunga jambu bol hampir berkembang.
Sedahan bunga jambu bol sedang berkembang.
Warna merah yang menarik.
Bunga membentuk putik buah.
Putik buah jambu bol.
Putik buah yang lain.
Putik buah semakin berisi
Buah jambu bol muda.
Buah muda semakin berisi.
Buah jambu bol.
Buah semakin membesar.
Sebiji buah matang jambu bol yang boleh dituai.
Sepohon jambu bol klon yang terdapat di belakang rumah.
Buah jambu bol yang hampir matang mudah diserang oleh lalat buah dan akan mengakibatkan buah jambu bol yang matang akan berulat. Perlu ada mekanisma pengawalan serangan lalat buah untuk mendapatkan buah jambu bol matang yang berkualiti.
Salam bertani.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan