Jumaat, 1 Julai 2016

Berbuka Puasa 4.

Salam Bertani.

Hari ini sudah masuk hari ke-26 kita berpuasa. Maknanya tak beberapa hari lagi hari raya akan menjelang. Mungkin sekarang ramai yang masih dalam perjalanan pulang ke kampung atau sesetengah tempat memulakan perjalanan esok sempena bermulanya cuti sekolah selama seminggu. Diharapkan semuanya selamat di sepanjang perjalanan dan dapat memandu dengan berhemah supaya dapat mengelakkan musibah atau pun disaman.

 Pagi ini WP melakukan tugas seharian di kebun dan menuai beberapa hasil tanaman untuk dijadikan bahan menu berbuka puasa petang nanti. Tak taulah apa menu Puan dapur petang ni. WP hanya menyediakan bahan sahaja.



Sebiji buah mangka madu masak di pokok.
Akan dikupas pada petang ini dan sebahagiannya boleh
di bawa ke surau.


Nanas sarawak juga masak di pokok.


Hasil tuaian. Sebiji nangka muda, 4 biji nanas madu
dan sebiji nanas sarawak.
Nangka muda  sesuai dijadikan sayuran masak lemak cili padi.
Nanas madu potong kiub rebus dgn gula buat minuman.
Nanas sarawak sesuai dimakan segar.


Sembelih 3 ekor itik telur. Itik ni itik jantan jadi kena
sembelihlah sebab tak bertelur.


Proses sendiri. Celur dgn air panas dan
buang bulunya secara manual.




Selesai buang bulunya. Perlu dipanaskan pada api dapur
untuk membersihkan bulu halusnya.


Telah siap dipotong. Dapat sebesen besar.
Daging itik sedap dimasak rendang atau kari.
Masyarakat kami biasanya masak ungkep.

Selamat menjalani ibadah puasa.
Salam bertani

Tiada ulasan:

Catat Ulasan