Ada banyak pokok cili padi yang hidup subur di sekeliling rumah WP sama ada ditanam atau tumbuh sendiri daripada biji benihnya. Pokok cili padi merupakan pokok renek berkayu yang mudah dibiakkan melalui biji benih. Ia perlu disemai di tapak semaian dan diubah ke tapak penanaman sama ada di tanah, pasu atau polybeg.
Pokok cili padi yang hidup di atas tanah lebih mudah dijaga dan pertumbuhannya lebih cepat dan besar berbanding jika ditanam di dalam pasu atau polybeg. Pokok cili padi yang ditanam di dalam pasu atau polybeg perlu disiram selalu untuk mengelakkan pokok daripada layu terutama pada musim panas. Sekarang ramai orang yang menanam pokok cili padi secara komersial melalui penanaman kaedah fertigasi.
Anak pokok cili padi yang tumbuh sendiri.
Ditanam di atas tanah
Ditanam dalam pasu plastik
Ditanam di dalam pasu tanah
Pokok cili padi semakin membesar
Sudah mula berbunga dan berbuah.
Berumur dua bulan.
Pokok cili padi dalam pasu sudah berbuah.
Buahnya berwarna putih.
Pokok cili padi dalam pasu perlu penyiraman setiap hari.
Berbuah lebat.
Anak pokok cili padi yang tumbuh sendiri.
Pokok cili padi sudah berbuah
Tumbuh di tepi pagar rumah
Sepohon cili api di rak bunga
Pokok yang rimbun.
Tumbuh bersama pokok serai.
Putik buah cili padi
Pokok cili api yang tinggi dan besar
Perlukan pencahayaan penuh
Pokok cili padi buah putih
Buah cili padi putih.
Pokok cili padi yang hijau dan subur
Beberapa pohon cili padi di belakang rumah
Hidup bersama tanaman lain.
Tumbuh sendiri dan tidak perlu penjagaan rapi.
Tumbuh di tepi pagar.
Buah cili padi hijau.
Berbuah lebat.
Sekuntum bunga cili padi.
Hasil yang dituai.
Buah cili padi boleh dituai bila-bila masa diperlukan kerana pokok-pokoknya terdapat di sekeliling rumah sahaja. Cili padi sangat diperlukan dalam masakan kita setiap hari. Boleh buat sambal belacan, masak lemak cili padi, nasi goreng, mee goreng dan masakan sayur-sayuran. Kepedasannya dapat menambahkan selera makan.
Tanamlah pokok cili api untuk kegunaan sendiri yang boleh dituai bial-bila masa dipelukan.
Salam bertani.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan