Rabu, 16 Mac 2016

Umbut Kelapa

Salam bertani.

Hari ini "Warisan Petani" menebang sepohon anak kelapa untuk mendapatkan umbutnya. Beberapa pohon kelapa memang dibiarkan tumbuh di belakang rumah dan akan ditebang apabila sesuai untuk mendapatkan umbut kelapa. Pokok kelapa ialah dari jenis kelapa tinggi yang telah berumur empat tahun dan belum berbuah. Umbut kelapa sangat enak dijadikan sayuran masak lemak putih atau cili api dicampur dengan udang.


Sepohon anak kelapa yang telah ditebang
dan diambil umbutnya.


Umbut kelapa yang telah dikeluarkan.



Umbut kelapa di bahagian pucuk pokok.


Umbut dari bahagian batang yang muda.


Umbut dari sepohon kelapa


Umbut yang lembut enak dimasak lemak.


Hanya tinggal tunggul kelapa sahaja.


Kerja-kerja untuk mendapatkan umbut kelapa agak rumit. Dari menebang pokok kelapa, membuang pelepah dan membelah bahagian atas pokok kelapa, barulah dapat umbutnya.  Sepohon kelapa boleh menghasilkan lebih kurang lima kg umbut kelapa.

Salam bertani.




1 ulasan: