Salam bertani
Selain tanaman pokok durian, di dusun wak terdapat juga banyak pokok pulasan dewasa yang sudah berumur lebih daripada 20 tahun. Sebahagian pokok pulasan wak dah tebang dan digantikan dengan tanaman anak pokok durian klon. Pada masa dahulu buah pulasan sangat mahal harganya kerana bekalan yang kurang hingga mencecah RM10 sekg. Sejak akhir-akhir ini buah pulasan semakin murah sehingga sama harga dengan buah rambutan. Wak pernah menjual buah pulasan RM1 sekg di pasar tani beberapa tahun yang lepas.
Wak hanya simpan lebih kurang 20 pokok pulasan sahaja selepas yang lain-lainnya ditebang. Selepas dipangkas pada dua tahu lepas, sebahagian pokok-pokok pulasan tersebut sedang berbuah lebat. Dijangkakan sebulan lagi baharulah buah pulasan akan mula matang bersaingan dengan musim buah rambutan dan manggis.










































