Salam bertani
Salam bertani.
Salam bertani
Budak-budak hitam yang wak ternak di belakang rumah sudah berumur dua setengah bulan. Alhamdulillah, semuanya membesar dengan sihat bersama-sama rakannya yang lain. Budak-budak hitam ini adalah baka ayam kampung kacuk (AKK) yang cepat membesar berbanding ayam kampung asli (AKA). Berat hidup seekor sudah menghampiri 2 kg dan sudah boleh dituai.
Ada 4 ekor jantan dan 6 ekor betina semuanya. Yang jantan bolehlah dijadikan lauk dan yang betina wak nak jadikan ayam penelur yang menghasilkan telur ayam kampung. Ayam betina AKK tidak mengeram.
Salam bertani
Salam bertani
Baru-baru ini, wak terpaksa menamatkan riwayat sepohon cempedak yang wak tanam kira-kira 40 tahun yang lalu. Pokok cempedak ini sudah terlalu besar dan tinggi sehingga menyukarkan wak untuk menguruskan hasilnya. Apatah lagi beberapa dahannya telah sekah kerana terlalu berat. Semasa hayatnya pokok cempedak ini banyak berjasa kerana rajin membuahkan hasil yang berkualiti.
Khidmat baktinya telah berakhir dan akan disambung oleh tanaman lain yang menggantikannya.
Salam bertani.
Salam bertani.
Air parit di dusun wak semakin berkurangan kerana sudah beberapa minggu tidak hujan. Selepas musim tengkujuh pada akhir bulan disember tahun lepas, cuaca panas dan berangin mengambil gilirannya. Wak melaksanakan satu projek empangan untuk menyimpan air memandangkan bulan februari ini biasanya kemarau akan berlaku. Kebanyakan tanaman di dusun masih memerlukan penyiraman terutama semasa musin panas dan ketiadaan hujan sekarang.
Salam bertani.
Salam bertani
February Song
Salam bertani.