Khamis, 10 September 2020

Jendela Diari Tani (JDT) 01

 Salam bertani


Jendela Diari Tani ni kira macam photo diari jugalah. Wak nak uploadkan gambar-gambar aktiviti tani yang tak masuk dalam mana-mana entri wak sebelum didelete daripada hp. Kalau dapat terbitkan seminggu sekali pun okaylah juga.


Pokok betik ni tumbuh di depan rumah.
Sebiji buahnya tu dah boleh tuai.


Adik wak di KL balik kampung.
Balik KL wak bekalkan buah nangka madu, buah keladi,
buah pisang kapas dan sembelihkan ayam kampung .


Anak ayam kampung baru turun tanah minggu ini.
Dah hampir dua bulan umurnya.


Buah hati wak di tepi sungai
Si Covid 20 dan Si Corona


Dah musim cempedak sekarang.
Tahun ni hasil cempedak kurang sebab banyak yang buruk
tak sempat balut.


Budak jantan ni dah 2 minggu bermustautin di rumah wak.
Tak taulah orang buang atau pun sesat.
Dah mandikan, dah syempoo, kasi ubat kutu jadi hensem pulak.
Anak wak namakannya si Otto.


Tuaian dari kebun semalam.
Masuk esbok, 2/3 hari habislah.

Salam bertani.

Selasa, 8 September 2020

Membaja Anak Pokok Durian

 Salam bertani.

Pada pagi ini wak membaja anak-anak pokok durian di kebun. Lebih kurang ada 60 pokok pelbagai anak durian klon. Wak gunakan dua beg baja kimia Yara Liva. Mudah-mudahan anak-anak pokok durian yang wak tanam cepat membesar dan mengeluarkan hasil.


1 beg baja Yara Liva 25 kg


Baja Yara Liva mengandungi unsur Nitrogen dan Kalsium
yang sesuai untuk menggalakkan pertumbuhan anak pokok.


Baja import yang berkualiti.


Berbentuk butiran berwarna putih


Baja ditaburkan di sekeliling pangkal pokok


Baja ditutup semula dengan tanah
Anak pokok durian D13 Golden Bun


Anak pokok durian Nok Kracip


Anak pokok durian duri hitam


Anak pokok durian Puang Manee


Anak pokok durian Kim Hong


Anak pokok durian Udang Merah


Anak pokok durian Musang King


Pokok durian.......
Eh yang ini pokok pisang raja talon.
Wak beri baja Yara Mila 16 :16 :16

Salam bertani.

Jumaat, 4 September 2020

Menuai Serai Gajah


 Salam bertani

Hari ini wak menuai serai gajah kerana ada pesanan daripada seorang peniaga pasar tani. Dia mahukan bekalan serai gajah sebanyak 5 hingga 10 kg setiap kali berniaga. Oleh kerana tanaman serai gajah yang wak usahakan dah boleh dituai, wak setujulah jual dengan harga RM2.50 sekilogram.



Siap menuai lebih kurang 7 kg serai gajah.


Tanaman serai gajah berumur beberapa bulan.


Serumpun pokok serai gajah muda


Tanaman serai gajah yang sudah matang dan boleh dituai


Serai gajah yang dituai sebelum dibersihkan.


Selepas disiang.

Salam bertani.

Selasa, 1 September 2020

Isnin, 31 Ogos 2020

MB 140 : Salam Kemerdekaan

 Salam bertani


Selamat menyambut hari kemerdekaan ke 63


Dah terasa tua umur wak


Bersarapan nasi lemak pada pagi ini.

Salam bertani.