Khamis, 18 Jun 2020

Buah Rambutan Jarum Emas Hampir Matang

Salam bertani.

Musim luruh buah durian sudah hampir ke penghujungnya.  Akan ada musim baru pada bulan Ogos nanti. Musim buah rambutan pula akan menyusul tidak lama lagi. Hanya dua jenis buah-buahan tempatan ini sahaja yang berbuah di dusun WP. Pokok cempedak dan rambai baru berputik.

Bila terbaca entri SS dalam WWnya yang lepas tentang buah rambutan di hadapan rumahnya, baru wak teringat nak ambil gambar pokok-pokok rambutan jarum emas di dusun yang sedang berbuah. Buahnya baru nak memerahkan diri. Dalam seminggu dua lagi masak ranumlah. Itu pun sebahagiannya dah dicukai oleh si monyet.


Buah rambutan jarum emas hampir matang


Buahnya rendah hingga mencecah tanah


Perlu masa dua minggu lagi untuk masak ranum


Hampir merah


Berjurai-juraian menunduk ke bumi


'Inilah limpahan rezeki daripada Allah yang tidak sehabis2nya'
Doa yang sentiasa wak baca bila melihat hasil tanaman.


Sepohon yang lain


Pohon yang ini agak tinggi buahnya.

Salam bertani.

Selasa, 16 Jun 2020

Cekok Lempuyang

Salam bertani

Semalam wak menyediakan cekok lempuyang untuk anak perempuan wak yang pulang ke kampung.  Anak perempuan wak sedang menyusukan badan untuk babynya yang berumur setahun. Cucu lelaki wak tu nampak kurus kerana kurang selera makan. Wak buat dua gelas untuk diminum pagi dan malam.

Sejarahnya masa wak kecil dulu pun selalu kena cekok lempuyang oleh ibu wak. Kata ibu wak, dengan meminum cekok lempuyang kulit kita kan tahan penyakit (tidak berkudis dan luka cepat sembuh), menambahkan selera makan dan membunuh cacing di dalam perut.

Antara khsiat cekok lempuyang yang lain ialah untuk memperbanyakkan susu ibu dan dapat menambahkan selera makan bagi bayi yang menyusu ibu tersebut. Lempuyang dapat memperbaiki kesihatan kulit kita terutama kulit muka (untuk awet muda). Ia juga dikatakan boleh merawat dan memulihkan penyakit kanser rahim bagi wanita. Waulahualam.


Cekok lempuyang
Rasanya memanglah pahit.


Bahan2 cekok lempuyang:
Bahan utamanya ialah umbisi lempuyang
Tambah sedikit umbisi halia bara
Tambah sedikit umbisi cekur/kencur
Tambah sedikit umbisi kunyit

Semua bahan di atas dibersihkan, dibuang kulitnya
dan diblender. Tambahkan dua cawan air masak untuk
dapatkan dua gelas cekok.


Larutan cekok selepas ditapis.
Biarkan seketika supaya seratnya mendak.


Mendakan serat selepas ambil cekoknya.


Jamu cekok lempuyang sedia untuk diminun.
Kalau takut terlalu pahit bolehlah tambahkan madu
atau  gula batu.


Inilah pokok lempuyang yang banyak khasiatnya.


Pokok cekur/kencur


Pokok halia bara


Pokok kunyit.

Selamat mencuba.
Orang yang sedang diet kurus tak sesuai mencuba sebab  cekok ini akan menambahkan selera makan (asyik lapar sahaja).


Salam bertani.

Ahad, 14 Jun 2020

Durian Golden Phoenix

Salam bertani

Sepohon durian Golden Phoenix (GP) yang wak tanam di dusun WP berusia lima tahun sudah dua kali berbunga.  Bunga kali pertama pada tahun lepas hanyalah beberapa tangkai dan tidak menghasilkan buah langsung. Alhamdulillah bunga musim kedua kali ini menghasilkan beberapa biji buah yang cantik. Buah sulungnya gugur pada hari ini dan dapatlah  wak merasai kelazatannya.

Durian Golden Phoenix tersenarai di antara tujuh jenis durian popular di Malaysia tetapi taburannya amat terhad tertumpu di negeri Johor sahaja. Ia didaftarkan sebagai durian D198 dan ciri istimewanya ialah mempunyai biji durian yang kesep dan isi yang tebal.

Wak ada rakamkan perkembangan buah durian GP dari mula berbunga sehinggalah dituai.


Buah sulung durian GP yang gugur pada hari ini.
Buahnya masih susah dibuka.
Isinya berwarna krim atau kuning pucat dan bertekstur halus.


13.02.2020 -  Bunga durian GP.


22.02.2020 - Bunga durian GP mula berkembang.


28.03. 2020 - Putik buah durian GP.


04.04.2020 - Putik buah semakin membesar.
Kebanyakan putik buah akan gugur.


21.04.2020 - Buah muda durian GP.


18.05.2020 - Keadaan pokok durian GP.
Ada lebih kurang 30 biji buah yang kekal.


01.06.2020 - Buah durian GP semakin membesar.


09.06.2020 -  Buah durian GP hampir matang.
Oleh kerana buahnya rendah, 
wak mengikatnya dengan tali.


14.06.2020 - Buah sulung yang matang.


Buah durian GP bersaiz sederhana (1.5 - 2.0 kg)
Berbentuk lonjong sekata.
Duri yang halus dan bau yang agak tajam.




Dua ulas sepangsa dan ada isi kecil di hujungnya.
Rasanya lemak manis berkrim dan sedikit pahit.


Biji yang kesep.
Tentulah isinya tebal dan puas makan.

Salam bertani.

Khamis, 11 Jun 2020

Trim Pokok Pisang

Salam bertani

Pagi ini baru wak berkesempatan untuk trim pokok pisang di sekeliling rumah. Maksudnya potong pelepah pokok pisang yang tua supaya bagi kemas. Kira ikut SOP jugalah, macam potong rambut tunggu PKPP baru boleh.


Pokok2 pisang di tepi reban ayam.
Nampak kemas selepas ditrim.


Pokok pisang raja.
Induknya sudah dituai.


Pokok pisang 40 hari


Pokok pisang lilin


Pokok pisang kapas.
Buahnya hampir matang.


Pokok pisang abu


Pokok pisang kapas


Buah pisang boyan


Pokok pisang jari buaya


Pokok pisang nipah.
Di belakangnya pokok pisang raja udang.


Ehh, ni pokok pisang ke?

Salam bertani.