Jumaat, 15 Mei 2020

Pokok Durian Kampung

Salam bertani

Di belakang rumah wak ada beberapa batang pokok durian kampung yang sudah berusia lebih 30 tahun. Sebahangiannya ditanam oleh arwah bapa wak dan sebahagiannya wak sendiri yang tanam semasa muda dahulu.

 Ramai orang kampung yang menebang pokok durian kampung tua dan digantikan dengan tanaman kelapa sawit yang lebih menguntungkan. Tetapi wak tetap memelihara pokok-pokok durian kampung ini sebagai tarikan untuk anak-anak, adik beradik dan anak-anak saudara pulang ke kampung bila tiba musim panen.

Pagi ini semasa cahaya matahari terbit, wak sempat menjepret beberapa gambar untuk dimuatkan dalam entri kali ini. Cuma gambarnya mungkin kurang jelas sebab wak gunakan hp cap ayam dan lokasinya sangat tinggi menjulang awan.


Sepohon durian kampung tua yang sedang sarat menanggung beban. 


Mudah2an terus larat berjuang


Sepohon lagi yang sayup2 menjulang awan


Bila mendongak ke atas wak selalu berdoa:
'Inilah rezeki pemberian Allah yang tak sehabis-habisnya'


Masih jauh perjalanannya.


Pohon yang ini pun tak mau mengalah


bergayutan dengan aman


Alhamdulillah


9 budak hijau membesar sekata. 


Banirnya sebesar dua pemeluk
Mendapat nutrien organik daripada reban ayam


Warisan peninggalan arwah bapa
Mungkin dah 50 tahun usianya.

Salam bertani.

Isnin, 11 Mei 2020

Pokok Kekabu

Salam bertani

Sewaktu dalam perjalanan ke pekan Air Hitam tadi wak ternampak sepohon kekabu di tepi jalan yang sedang berbuah lebat. Buahnya yang telah matang mengeluarkan kekabu yang berwarna putih dan jelas kelihatan dari jauh. Wak pun berhenti di tepi jalan dan mengabadikan beberapa keping gambar pokok kekabu tersebut.

Pokok kekabu ni telah mengembalikan nostalgia wak semasa kecil-kecil dulu, mengumpul kekabu untuk dijadikan tilam, bantal dan selimut tebal.  Tilam dan bantal kekabu ni selalunya dijemur di tingkap setiap pagi selepas digunakan. Apabila hendak tidur, tilam dan bantal kekabu perlu di tepuk-tepuk dahulu untuk meratakannya.

Mungki masih ada orang yang menggunakan bantal, tilam dan selimut yang diperbuat daripada kekabu ni.



Buah kekabu yang telah matang akan pecah
dan memperlihatkan kekabu yang berwarna putih seperti kapas.


Kekabu putih bergantungan di atas pokok kekabu.
Di dalamnya terdapat biji kekabu yang berwarna hitam.


Pokok kekabu yang besar dan tinggi hidup
meliar di tepi jalan.


Buah kekabu muda (gambar google)
Orang dulu-dulu buat masak gulai buah kekabu muda ini.


Salam bertani.

Sabtu, 9 Mei 2020

Kajian Lapangan 4 : Tanaman Kontan

Salam bertani

Wak rasa macam nak selesaikan thesis wak ni sampai bab 4 ajelah. Lainlah macam blogger SA boleh buat akasia sampai berbelas siri. Kajian kali ini tentang tanaman kontan yang wak usahakan sebagai aktiviti riadah untuk mengeluarkan peluh .

Tanaman kontan ialah tanaman jangka pendek yang kita usahaka sementara menantikan tanaman kekal mengeluarkan hasil. Wak ada usahakan sedikit tanaman kontan seperti keladi, serai, ubi kayu dan pisang disamping tanaman sayuran kampung yang lainnya.


Hasil tuaian tanaman kontan pagi ini


Keladi putih@keladi minyak
Sesuai dijadikan sayuran.


Keladi mawar.
Umbisinya enak digoreng


Anak keladi putih sedang membesar 


keladi ditanam berperingkat-peringkat


Serai gajah yang sudah sesuai dituai


Pokok serai sedang membesar


Anak serai yang baru ditanam


Ubi kayu sentiasa ada bekalan


Ubi indon


Ubi kuning


Pokok pisang raja


Pisang nipah sedang membesar


Pisang jari buaya 


Pokok pisang 40 hari 


Seperdu kantan merah


Bunga kantan merah


Pokok kantan pink


Bunga kantan pink



 Salam bertani.



Khamis, 7 Mei 2020

Kajian Lapangan 3 : Hasil Tanaman

Salam bertani

Kajian lapangan kali ini memfokuskan tanaman buah-buahan  dewasa yang telah mengeluarkan hasil. Hasil tanaman buah-buahan tergolong kepada dua jenis iaitu yang bermusim dan tidak bermusim. Tetapi sekarang, buah-buahan bermusim pun  ada  yang dihasilkan tidak mengikut musim.  Musim buah-buahan tahunan akan bermula sekitar selepas bulan raya nanti.


Buah muda durian kim hong
Akan panen sekitar Jun 


Putik durian jantung berdegupan di atas kepala


Durian IOI baru mekar bunganya


Nangka madu J33


Buah muda nangka madu yang dibuka balutannya.


Nangka king buahnya besar dan panjang


Senget keberatan buah


Tak sempat balut nampaknya 


Durian belanda stok lepas raya.


Limau kasturi tak putus buah


limau kumkuat @ limau ayam


Buah muda limau bali sunkist 


Rambutan jarum emas ada yang sudah berbuah muda.


Ada juga yang baru berbunga.


Putik pulasan


Pokok rambai telur baru berbunga


Nanas sarawak


Bekalan sepanjang bulan puasa 


Buah ciku muda


Pokok jambu bertih merah berbunga lagi.


Salam bertani.