Jumaat, 10 April 2020

Anak Dara Tepi Sungai

Salam bertani

Wak nak tunjukkan anak-anak dara pingitan wak yang berada di tepi sungai. Ada lima ekor semuanya. Sebahagiannya dah ada orang berhajat, tapi wak tak sanggup lepaskan lagi.



Fiza berumur dua setengah tahun


Milo berumur dua tahun 


Tompok berumur dua tahun


Sue berumur satu setengah tahun
(Adik Fiza)


Mon berumur setahun
(Adik Tompok)


"Semalam ada orang datang nak pinang kita,
boss tak setuju"


Salam bertani.

Khamis, 9 April 2020

Tanam Durian Nok Kracip

Salam bertani

Sempena Nisfu Sa'ban semalam, wak menanam sepohon anak durian nok kracip. Durian nok kracip adalah varieti durian Siam yang sesuai ditanam di negara kita. Di dusun wak, ada juga dua pokok durian monthong, dua pokok durian puang manie dan dan dua pokok durian tangkai panjang (kesemuanya klon durian siam).  Harap-harap hidup subur dan cepat mendapat hasilnya.


Anak benih durian nok kracip di dalam polibeg.
Harganya RM60.00


Anak benih dimasukkan ke dalam lubang penanaman
selepas polibeg dibuka.


Siap ditanam.


Sepohon anak pokok durian nok kracip yang lain.
Telah ditanam beberapa bulan yang lepas.


Gambar imej buah durian nok kracip hasil carian google.

Salam bertani.

Rabu, 8 April 2020

Ahad, 5 April 2020

MB 127 : Mandi Peluh

Salam bertani

Beginilah keadaan wak sejurus pulang ke rumah selepas selesai rutin membanting tulang empat kerat.




Salam bertani.

Sabtu, 4 April 2020

Tuaian Kebun

Salam bertani.

Hasil tuaian kebun pada pagi ini. Bolehlah buat cemil-cemilan pada musim PKP ini. Duduk di rumah ni asyik lapar aje.



Ubi kayu, ubi keladi dan nanas


Hari-hari petik limau kasturi buat air minuman


Kudapan petang ni


Pencuci mulut.

Salam bertani.

Khamis, 2 April 2020

Diari Pokok Pisang

Salam bertani

Wak nak tunjukkan pelbagai jenis pokok pisang (dan buahnya) yang pernah wak tanam di sekeliling rumah dan di kawasan kebun. Ada buah pisang yang dijadikan makanan pencuci mulut, dijadikan pisang goreng, kerepek pisang, pisang salai, kek, cekodok, lempeng, bubur, pengat dan kuih muih. Selain buahnya, jantung pisang juga boleh dijadikan sayuran. Daun pisang juga berguna untuk membungkus pelbagai jenis makanan.


pisang raja talon


pisang kapas


pisang jari buaya


pisang asam


pisang lilin


pisang nangka


pisang berangan


pisang masak hijau


pisang susu


pisang serendah


pisang nipah


pisang tanduk


pisang raja udang


pisang awak


pisang rastali


pisang boyan (40 hari)


pisang lemak manis

Salam bertani.

Selasa, 31 Mac 2020

Happy Birthday ePool

Salam bertani

Hari ini adalah hari jadi si ePool yang ke-tiga. ePool lahir pada 01  April, tarikh orang-orang zaman dahulu menyambut 'April Fool'. Begitulah si ePool mendapat nama. Walau pun sudah berumur tiga tahun, si ePool tidaklah begitu gemuk kerana musim kemarau yang berpanjangan pada tahun lepas dan tahun ini.

Happy birthday to me
Harap-harap tahun ini dapat giliran qurban.


Hari ini genap umur ePool tiga tahun.
Masih kemarau dan panas terik.
Rumput berkurangan.


ePool semasa berumur dua tahun.


Hari jadi ePool yang pertama


ePool berumur 6 bulan.


ePool selepas dilahirkan.


ePool dah ada dua adik betina.

Salam bertani.