Salam bertani.
Selasa, 16 Julai 2019
Isnin, 15 Julai 2019
Terlepas Pandang
Salam bertani
Pada pagi ini semasa Wak meronda-ronda kawasan dusun, terbau wangian buah nangka masak apabila melalui sepohon nangka madu. Baru Wak teringatkan buah nangka kembar yang dibungkus lebih empat bulan yang lalu. Pastinya sudah terlewat untuk dituai.
Beberapa minggu ini wak asyik sibuk dengan tuaian hasil buah-buahan bermusim sehinggalah terlupakan buah nangka yang istimewa ini. Mungkin bukan rezeki, buah nangka madu ini sudah 'luput tarikh' kerana terlalu masak.
Begitulah adat resam manusia, bila dapat yang lebih baik (musim durian), yang sentiasa berjasa dilupakan.

Buah nangka madu J33 kembar dua yang baru dibuka bungkusannya.
Sudah 'overdue'
Mungkin sudah masak lebih daripada seminggu.
Menunggu masa untuk gugur ke bumi sebagai baja organik.
Inilah putik nangka madu kembar dua yang tersiar dalam entri
'MB 76 : Kembar' pada 04 Mac 2019.
Ahad, 14 Julai 2019
Khamis, 11 Julai 2019
Durian IOI
Salam bertani.
Sepohon durian IOI berusia 6 tahun sudah mengeluarkan hasil di dusun WP. Ini kali kedua ia berbuah selepas berbuah beberapa biji buat kali pertama pada tahun lepas. Wak telah merakamkan gambar-gambar (satu dahan) dari mula pokok ini berbunga sehinggalah buah sulungnya gugur semalam.

Isi buah durian IOI yang gugur sulung semalam.
31.03.2019 - Pohon durian IOI mula berbunga
04.04.2019 - Bunga-bunga mula berkembang.
19.04.2019 - Bunga durian yang terdebunga.
24.04.2019 - Membentuk putik buah
06.05.2019 - Ada 28 biji putik muda semuanya.
21.05.2019 - Hanya 7 biji buah yang meneruskan perjuangan.
Kebanyakan putik muda gugur kerana musim hujan panas.
01.06.2019 - Hanya 5 biji yang tinggal.
11.06.2019 - 5 biji buah durian IOI terus membesar.
21.06.2019 - Buah durian IOI hampir matang.
01.07.2019 - Menunggu masa untuk gugur
Sepohon durian IOI tersebut menghasilkan lebih kurang
50 biji buah matang.
09.07.2019 - Salah satu daripada 5 biji durian IOI
tersebut gugur sulung.
2.5 kg.
10.07.2019 - Hasil yang ditunggu-tungu jadi santapan.
Salam bertani.
Rabu, 10 Julai 2019
Isnin, 8 Julai 2019
Dusunku
Salam bertani.
Sebahagian daripada hasil tanaman buah-buahan di dusun WP sudah matang dan meluruhkan buahnya. Ada sebahagiannya pula masih menunggu masa untuk matang. Pada pagi ini seperti biasa, wak bekerja di kebun sambil mengutip hasil dan sempat mengambil beberapa gambar untuk dimuatkan dalam entri kali ini.
Kira-kira pukul 11.00 pagi wak dah pulang ke rumah.
Salam bertani.
Sebahagian daripada hasil tanaman buah-buahan di dusun WP sudah matang dan meluruhkan buahnya. Ada sebahagiannya pula masih menunggu masa untuk matang. Pada pagi ini seperti biasa, wak bekerja di kebun sambil mengutip hasil dan sempat mengambil beberapa gambar untuk dimuatkan dalam entri kali ini.
Kutipan durian pada pagi ini.
Musim durian fasa 2 akan berakhir minggu depan.
Kutipan sulung buah manggis
Sebahagian buah manggis dah mula matang.
Kutipan terakhir buah kuini.
Buah rambutan mula kemerahan
Rambutan jarum emas
Rambutan anak sekolah
Buah pulasan baru separuh umur.
Duku terengganu kuning mencelah
Agaknya sebulan lagi boleh dituai
Buah cempedak di dalam pagar
Duku JDT masih muda
Nangka madu baru berputik
Pokok serai paha ayam sudah boleh dituai
Pokok kantan merah
Bunga kantan merah
Buah yang last sekali akan matang.
Salam bertani.
Ahad, 7 Julai 2019
Langgan:
Catatan (Atom)