Sabtu, 15 Jun 2019

Nangka Marhaban

Salam bertani

Buah sulung sepohon nangka madu j33 di kebun WP sudah matang pada pagi ini. Pokok nangka madu yang berumur tak sampai dua tahun ini mengeluarkan dua biji buah yang agak besar dan berat. Pokoknya terpaksa ditongkat untuk mengelakkan tumbang. Alhamdulillah jadi rezeki kumpulan marhaban cik kiah yang bertandang ke rumah.


Pohon nangka madu j33 ini berbuah sulung  dua biji.
Yang dibuka balutannya itu sudah matang dan berbau harum.


Hasil tuaian menunggang motorsikal.


Menghampiri 27 kg beratnya.


Keratan buah nangka madu j33.
Isinya elok dan manis.


Untuk dihidangkan kepada kumpulan marhaban wanita
yang bertandang ke rumah.
Salam bertani.

Selasa, 11 Jun 2019

MB 90 : Juadah Selepas Raya

Salam Bertani

Dah jemu mengadap juadah raya
Mengukur sungai petang tadi
Bolehlah buat juadah malam ini.



Salam bertani.

Sabtu, 1 Jun 2019

Cendawan Unik

Salam bertani.

Wak jumpa cendawan ni kat dusun pada pagi tadi.
Nama cendawan ni unik tapi tak sampai hati nak sebut.
Baunya busuk,  sebusuk nama panggilannya.
Haiwan pun tak mau mendekati sebab beracun.






Salam bertani.