Khamis, 4 April 2019

Menu Tengah Hari

Salam bertani.

Waktu wak bekerja di kebun tadi, nampak pucuk ulam tenggek burung sedang merucup tumbuh.
Tuai sedikit buat santapan tengah hari ini.


Pokok tenggek burung sedang meriah mengeluarkan pucuk


Tuaian untuk ulaman tengah hari.
Salam bertani.

Rabu, 3 April 2019

WW 123 : Bunga Jambu Air

Salam bertani


Salam bertani.

Membaja Pokok Buah-buahan

Salam bertani

Pada pagi tadi, wak membaja sebahagian daripada pokok-pokok buah-buahan dewasa di dusun. Wak gunakan baja NPK 12:12:17 (biru) untuk menggalakkan pembentukan bunga dan buah pokok-pokok tersebut. Wak menaburkan baja  pada pokok nangka, cempedak, duku, rambai dan durian belanda. Pokok-pokok durian, pulasan dan rambutan telah diberikan baja yang sama pada bulan lepas (sebelum berbunga).



Inilah baja NPK  biru yang digunakan.
Baja Nitrophoska cap kuda dan singa.
Kandungan unsur NPK dan lain-lain tertulis di bag baja.


Baja NPK biru sesuai untuk menggalakkan pembentukan bunga 
dan penghasilan buah yang berkualiti. 
Satu beg 50 kg berharga sekitar RM 130.00


Kandungan unsurnya ditulis dengan warna biru (NPK biru)


Jom membaja


Baja berbutir yang perlu ditabur di sekeliling pangkal pokok.


Gambar-gambar di bawah adalah pemandangan dusun WP yang dijepret pada pagi tadi selepas aktiviti membaja.








Salam bertani.

Selasa, 2 April 2019

Musim Bunga

Salam bertani

Pokok-pokok buah-buahan di dusun WP sudah mula mengeluarkan bunga dan berputik. In syaa Allah selepas raya puasa nanti tibalah musim buah-buahan tempatan. Harap-harap semuanya menjadi pada tahun ini.


Pokok kuini berbunga lebat


Bunga kuini


Pokok durian kim hong


Bunga durian musang king


Bunga durian 101


Bunga manggis


Putik manggis master


Putik manggis biasa


Bunga duku terengganu


Bunga dokong


Bunga duku JDT


Bunga rambai


Bunga jambu bol


Rambutan anak sekolah mula berbunga


Pokok pulasan juga berbunga


Putik pulasan


Putik cempedak

Salam bertani.

Sabtu, 23 Mac 2019

Pokok Rambutan Mula Berbunga

Kesemua pokok rambutan di dusun WP sudah mula berbunga. Ada pokok rambutan  anak sekolah, jarum mas, deli dan rambutan gading.  Kebanyakannya sudah berusia lebih sepuluh tahun dan sudah beberapa kali dipangkas supaya tidak meninggi. In syaa Allah, lepas raya nanti bermusimlah.



Pokok rambutan mula mengeluarka bunga.


Pokok rambutan jarum emas yang rimbun dan rendang.
Keseluruhan pucuk pokok mengeluarkan bunga. 


Rambutan anak sekolah juga mula berbunga.
Bunganya hingga mencecah tanah.


Bunganya akan mekar dalam masa beberapa minggu lagi.


Rambutan gading juga berbunga.


Berbunga lebat sempena musim panas ini.


Sebaris pokok rambutan yang sedang mengeluarkan bunga.


Bunga rambutan ini akan menghasilkan buah matang selepas raya nanti.

Salam bertani.