Isnin, 28 Januari 2019

MB 71 : Monday Blues

Salam bertani

Malasnya nak pegi kerja. Sambung tidur lagi best



Salam bertani.

Selasa, 22 Januari 2019

Tebang Pokok Getah

Salam bertani

WP ada menanam pokok getah klon balak lebih kurang 10 tahun yang lalu. Benih getah ini diperkenalkan dan dibekalkan oleh RISDA. Pokok getah ini cepat membesar dan lebih resisten terhadap serangan penyakit kulat. Walau pun belum pernah ditoreh, WP mengambil keputusan untuk menebang pokok getah balak ini memandangkan harga getah yang sangat rendah. Lagi pun pokok getah klon balak ini kurang susunya dan sesuai dikomersialkan kayunya sahaja.


Anak pokok getah klon balak semasa berumur 5 tahun.
Selepas 10 tahun saiznya ada yang sebesar pemeluk.


Kayu getah klon balak yang baru ditebang.
Kulitnya tidak mengeluarkan getah langsung.


Keseluruhan bahagian pokok getah boleh dijual
kecuali daun dan tunggulnya sahaja


Laluan jentera menebang pokok getah.


Keadaan selepas pokok getah ditebang.
Kelihatan di belakang ialah pokok getah klon lama (600)
yang tidak ditebang. Kebun getah tersebut sudah terbiar
dan tidak bertoreh.


Tunggul pokok getah akan dibakar


Keadaan kebun selepas pokok getah ditebang
dan sisa-sisa tebangan dibersihkan/dibakar.


Tanah kebun sudah dibajak dan sedia untuk diusahakan.
Salam bertani.

Sabtu, 19 Januari 2019

Bermadu lagi

Salam bertani

Hari ini WP menuai sebiji nangka madu J33 yang telah matang di kebun.
Sepohon nangka ini mengeluarkan tujuh biji buah semusim pada kali ini.


Isi nangka J33 yang berwarna kuning keemasan.


Rasanya sangat manis, rangup dan tidak berair.
Sebiji kelapa mataq muda juga dituai untuk minuman.


Inilah pokok nangka madu J33 yang rajin berbuah.


Sudah matang dan boleh dituai.

Salam bertani.