Isnin, 21 Mei 2018

MB 44 : Buah Pelam Epal

Salam bertani

Waktu nak pergi kerja pagi tadi, pn is3 pesan minta ambilkan beberapa biji buah pelam epal muda.
Nak buat kerabu dan sambal katanya.


Inilah buah pelam epal muda yang dibawa pulang


Buah pelam epal muda bergayutan di pokok.

Salam bertani.

Ahad, 20 Mei 2018

Tanam keliling Rumah 2

Salam bertani

Kebanyakan tanaman di sekeliling rumah WP adalah tanaman sayuran kampung dan herba.
Ada juga tanaman hiasan dan buah-buahan yang akan ditunjukkan dalam  entri yang akan datang.

 Bertani kecil-kecilan di sekeliling rumah dapat dijadikan aktiviti riadah, mengisi masa lapang, jadi terapi minda dan mata dan dapat hasil yang dijamin selamat.


Pokok remayung hijau


Pokok remayung merah


Pokok lempuyang


Pokok halia bara dala pasu dan
sepohon ulam raja


Pokok cekur di dalam pasu 


Pokok kesum dan terung telunjuk


Pokok kamgkung kampung


Pokok nanas sarawak


Buah nanas sarawak


Pokok keladi telur


Pokok keladi udang


Pokok keladi putih


Pokok ubi bemban


Lengkuas


Puding semangkuk


Pokok belinjau


Pucuk belinjau yang dijadikan sayuran.


Pokok pandan wangi


Pokok kantan


keledek sayur


Pokok temu pauh


Sepohon kacang panjang melilit pagar

Salam bertani.

Tanam Keliling Rumah 1

Salam bertani


Salam Ramadan. Blog Warisan Petani berehat panjang sempena PRU 14. Tahniah kepada kerajaan Malaysia Baharu yang telah mendapat mandat daripada rakyat. Walau bagaimana pun, aktivi bertani masih berjalan seperti biasa.

WP sempat mengabadikan gambar-gambar tanaman terkini di sekeliling rumah untuk tatapan WP sendiri dan pembaca-pembaca yang sudi mengunjungi blog 'Warisan Petani'. Kebanyakan tanaman ini adalah untuk kegunaan sendiri dan selebihnya dipasarkan.


Sepohon lada cili kampung yang sudah berbuah


Sepohon lagi di tepi pagar.


Pokok pegaga di belakang rumah


Pokok pegaga di dalam kalbat


Bunga pegaga


Pokok kunyit di tepi longkang


Pokok kunyit di tepi rumah


Pokok serai di tepi tembok


Pokok serai dan nanas sarawak


Pokok ulam raja


Pucuk ulam raja


Pokok ubi pulut dan pisang tanduk generasi ke-3


Pokok ubi pulut di tepi pagar


Pokok ubi indon


Pokok pucuk manis di luar pagar


Pokok pucuk manis


Pokok pucuk manis di tepi jalan masuk rumah.


Pokok peria katak


Buah peria katak yang sesuai dituai


Putik peria katak.

bersambung......

Salam bertani.

Selasa, 8 Mei 2018

I'm Ujang

Salam bertani


04.11.2015
Tarikh aku dilahirkan oleh ibuku Si Kutip.
Aku diberi nama Ujang oleh boss.



08.02.2016
Umurku 3 bulan.
Tanduk di kepalaku mulai tumbuh.
Aku telah dikalungkan rantai panjang.
Boss kerap memberi minum air garam walau pun aku masih menyusu.



13.06.2016
Umurku 8 bulan.
Aku masih lepas bebas meragut makanan dan menyusu.






24.06.2016
Aku di tengah-tengah bersama-sama kakakku Si Siti yang setahun lebih tua dariku.
Di sebelah ialah abangku yang berlainan ibu.



23.09.2016
Aku semakin bulat dan manco.
Hidupku di kelilingi makanan yang melimpah ruah.


Wajahku yang hensem



24.02.2017
Usiaku setahun empat bulan.
Aku hanya makan rumput dan minum air sungai.
Ibuku sudah melahirkan anak lagi.


27.09.2017
Aku  mula ditambat kerana sudah hampir dewasa.
Boss cakap aku degil dan kuat merayap.



18.04.2018
Aku sudah berumur lebih dua tahun sekarang.
Aku amat berbangga dan terharu  kerana boss beritahu, aku akan dikorbankan sempena
sambutan hari raya korban pada tahun ini. 
Aku tidak boleh dijadikan pejantan untuk mengelakkan 'sumbang mahram'.
Sebab tu aku dinamakan Ujang.
Semoga aku dan boss aku akan bertemu lagi di Syurga nanti.

Salam bertani.