Rabu, 25 November 2015

Pelbagai tanaman.

Salam bertani.
Selain daripada pokok buah-buahan yang biasa ditanam di kebanyakan kebun buah-buahan, terdapat juga tanaman-tanaman lain yang ditanam di kebun "Warisan Petani". Sebahagiannya telah mengeluarkan hasil dan ada juga yang baru ditanam.



Pokok Kelapa Rendah Merah.


Pokok Kelapa Tinggi.


Pokok Kelapa Gading.


Pokok Kelapa Pandan.


Buah Kelapa Pandan.


Pokok Kelapa Rendah Hijau. Buahnya di atas tanah.



Pokok Limau Kasturi.


Pokok Limau Purut.


Pokok Limau Bali.


Buah limau bali


Buah limau bali muda.


Buah Limau Sunkist.


Pokok Ciku


Buah Ciku.



Pokok Mengkudu


Buah Mengkudu.



Buah Durian Belanda.


Bunga Durian Belanda.


Buah Nona.


Buah Nona telah matang.


Pokok Kopi.


Buah Kopi Muda.


Pokok Belinjau. Pucuk mudanya dijadikan sayuran.


Buah belinjau matang. Enak direbus.


Pokok Asam Gelugor.


Daun Asam Gelugor.


Pokok Belimbing Buluh.


Buah Belimbing Buluh.


Buah Delima.


Pokok Mahkota Dewa.


Pokok Betik.


Pokok Buluh Betung. Rebungnya dijadikan sayuran.


Pokok Sukun berumur tiga tahun.
Belum berbuah.


Pokok Asam Kundang. Belum berbuah.


Anak benih Pokok Nam-nam (katak puru).
 Telah ditanam di kebun.

Jadikan aktiviti menanam pokok sebagai hobi yang berfaedah. Selain mendapat hasil, ianya juga boleh mengisi masa lapang dan dapat menenangkan minda.
Salam bertani daripada "Warisan Petani".

Isnin, 23 November 2015

Hasil Kebun 1.

Salam bertani.

Hasil daripada kebun "Warisan Petani"pada hari ini.

1. Durian.
Durian musim kedua pada tahun ini telah mulai gugur. Walau pun hasilnya tidak banyak tetapi dapat juga merasa kelazatan buah durian di luar musim.



Sebiji durian sulung gugur pada waktu pagi.


 Cukup masak. Enak dan lazat.


Pada waktu petang, empat biji lagi gugur.




Salah satu buah durian yang dibuka.

2. Nangka Madu.

Sebiji nangka madu telah sampai masa untuk dituai.


Buah nangka madu di pokok.


Besar dan berat.


37 kg. Harga jualan borong  RM2.00 sekg.

3. Kelapa.
Memetik dan mengupas 15 biji kelapa.


Habis dijual.  RM1.50 sebiji.

 Berbudi kepada tanah pasti mendapat pulangan. Bukan kerana kewangan semata-mata tetapi lebih kepada kepuasan melihat hasil titik peluh sendiri.
Salam bertani.



Ahad, 22 November 2015

Tanaman Hiasan 3

Salam bertani.

Terdapat pelbagai spesis tanaman hiasan yang ditanam untuk menyerikan kawasan kediaman, taman bunga dan untuk mencantikan landskap sesuatu kawasan. Ada tanaman hiasan yang ditanam kerana bunganya yang menarik dan berwarna-warni atau daunnya yang pelbagai bentuk dan pelbagai warna. Ada juga yang ditanam untuk dijadikan bentuk yang menarik atau pun spesisnya jarang ditemui.

       Usaha menanam pelbagai tanaman hiasan juga dilakukan di sekitar rumah kediaman "Warisan Petani" sebagai hobi untuk mengisi masa lapang yang ada. Ianya juga dapat menceriakan kawasan kediaman yang menyejukkan mata memandang.


1. Pokok Puding.
















 2. Pokok Sansevieria












3. Pokok Ati-ati




4. Pokok Fern.









5. Pokok bunga Keladi.







6. Pokok Kaktus.





7. Lain-lain tanaman hiasan.




































Tanaman hiasan yang ditanam di sekitar rumah kediaman "Warisan Petani" dijaga dengan rapi agar sentiasa subur dan menarik. Suasana yang ceria dan indah dapat menghilangkan rasa penat dan stress setelah seharian bekerja.

Salam bertani.