Ahad, 12 Julai 2026

Mengundi Buah

Salam bertani

Hujung minggu ni anak-anak wak balik kampung untuk mengundi PRN Johor. Kami mengundi pada sebelah petang untuk mengelakkan kesesakan atau beratur panjang.  Paginya wak ajak mereka mengundi buah di dusun WP. Jom nenguk apa yang mereka dapat. Masing-masing penuh bonet kereta dapat ngundi buah.


Sebahagian daripada hasil pengundian mereka.


Buah duku langsat


Buah duku johor


Durian dah penghujung musim.
Anak-anak wak tak makan durian
tetapi menantu- menantu semua hantu durian.


Manggis ni mereka petik sendiri


Buah mesta jadi pilihan.


Rambutan anak sekolah.


Bunga kantan merah pun ada yang berkenan.
Buah rambutan kuning tu belum masak tetapi 
ada yang mengidam.


Ini pun mereka hendak.


Puas makan durian.
Cempedak tu nak goreng bawa pejabat.


Wak belanja gambar durian duri hitam.
Ada yang bawa durian dah kupas tak nak bau dalam kereta.

Salam bertani.

29 ulasan:

  1. Mengundi yang ini mengenyangkan ahak!

    BalasPadam
  2. Bestnya dusun wak macam2 ada. Puas makan ni.

    BalasPadam
  3. Mahu tak penuh bonet kereta masing-masing wak. Tengoklah banyak betul hasilnya. Mengundi buah paling win ni.

    BalasPadam
  4. Selamat mengundi wak.

    Bestnyaaa dapat makan puas2 buah2an tempatan. Yumsss.

    BalasPadam
  5. Lain Saya tak pandang dah, nak duku langsat tu jerrr... sedapnyaaaa

    BalasPadam
  6. banyaknya hasil mengundi buah..anak2 boleh buka carboot jual di pejabat pula ni wak hihi

    BalasPadam
  7. Bestnya wak musim buah pulak kan.... pastu duku johor tu payah nak jumpa kt kl ni kadang teringin betul nak makannya.

    BalasPadam
  8. Wahhh..Untung anak2 dpt bwk blk buah2 ni.

    BalasPadam
  9. Kalau dah gini takyah tunggu PRN ke PRU.. bila² boleh balik ngundi buah2an.

    BalasPadam
  10. Rambang mata mana satu nak dulu makan..musi buah ya di sana..

    BalasPadam
  11. Kalau mcm ni sy pun sanggup balik mengundi he hee
    Alhamdulillah rezeki melimpah ruah hasil airtangan wak
    Untung ank menantu dpt mkn buahan tempatan freshh dari pokok2
    Teringat sy zaman arwah makayah ada dulu musim buahh balik kg mcm ni la penuhh bonet kereta

    BalasPadam
  12. Mengundi yang ini memang puas hatilah.. kenyang mata dan perut.. kikiki..

    BalasPadam
  13. Duri hitam tu pun first time saya makan tahun ni hehe

    BalasPadam
  14. Meriah betul aktiviti mengundi buah kat dusun WP ni, penuh bonet kereta masing-masing! Rugi betul anak-anak Wak tak makan durian, tapi nasib baik menantu-menantu semua 'hantu durian', tak adalah membazir durian duri hitam yang premium tu. Rezeki menantu nampaknya musim ni

    BalasPadam
  15. alhamdulillah melimpah ruah rezeki dusub wp

    BalasPadam
  16. Alhamdulillah, rezeki anak-anak dan menantu Wak, boleh makan macam-macam buah idaman hasil undian masing-masing. Rambutan budak sekolah tu cantik, merah. Geram tengok.

    BalasPadam
  17. Alhamdulillah rezeki seisi keluarga.

    BalasPadam
  18. Jadikan saya anak Wak juga laah 😄😄😄😄😄. Ini happy sangat pasti anak2 Wak tiap balik kampung, dpt buah2 segar ❤️❤️

    BalasPadam
  19. Lama tak baca blog wak, makin meriah hasil kebun ya.

    BalasPadam
  20. Sekolah sy buat jamuan buahan tempatan pd Khamis lps. Meriah dgn mcm2 buah. Yummy...

    BalasPadam
  21. wah,, betul-betul lumayan wak mengundi buah-buah ni..

    BalasPadam
  22. Banyaknya Wak, macam berjualan pulak.

    Nampak manggis dan mesta tu macam serupa je, tak pandai saya nak bezakan.

    BalasPadam
  23. Proses yang nampak mudah tapi sebenarnya kunci untuk dapatkan buah yang saiz gred A! Terima kasih atas perkongsian ilmu pertanian yang santai dan bermanfaat ni. Moga kebun terus subur dan mengeluarkan hasil yang melimpah-ruah!

    BalasPadam
  24. Alhamdulillah, hasil berbudi kepada tanah. Banyak betul hasil tuaian di kebun Wak tu.

    BalasPadam