Salam bertani
Selamat tahun baharu 2026 daripada wak dan hidupan-hidupan di sekeliling wak. Selamat tinggal tahun 2025 yang penuh kenangan.
Baru berani tunjuk muka setelah 10 tahun usia blog
Warisan Petani.
Tapi tak berani nak besarkan gambar.
Cucu bongsu hantu durian duri hitam mewakili 6 orang cucu setakat ini.
Rumahku syurgaku jauh di pedalaman.
Jantan Jamal mewakili ternakan wak di tepi sungai.
JJ telah dikorbankan pada hari raya korban yang lepas
atas nama ahli keluarga wak.
Budak Otto mewakili 7 majikan wak di rumah
yang tahu makan, berak kencing dan tidur sahaja.
Wak sebenarnya ada memasang pengawal di dusun WP yang
belum pernah wak ceritakan.
Hiburan di belakan rumah : ternakan itik serati
Hiburan di belakang rumah : Ayam penelur lohman brown
mewakili pelbagai jenis ayam yang lain.
Hiburan di belakan rumah : ternakan ayam mutiara.
Hiburan di belakang rumah : Ternakan puyuh telur.
Hiburan di dusun, tanaman buah-buahan dan sayuran kampung.
Buah durian duri hitam mewakili semua tanaman di dusun WP.
Tanaman sawit menggantikan pokok getah yang telah ditebang.
Padang ragut banjir pada awal tahun 2025.
Olie kesayangan wak telah pergi ke alam abadi pada awal tahun.
Salam bertani.














Selamat tahun baru 2026, Wak...meriah dgn haiwan2 ternakan & majikan...comelnya pengawal dusun wak..
BalasPadamSelamat Tahun Baru Wak !!
BalasPadamSemoga terus sukses dengan hasil pertanian 😊..
Pandainya cucu wak makan durian 🥰
Selamat tahun baru wak. Alhamdulillah seronok saya tenguk hasil usaha wak selama ini. Tapi yang tak tahan tu tenguk durian duri hitam yang wak tayangkan. dia punya ulas padu ni kalau dapat makan. Telan air liur pagi2 tenguk durian hasil tanaman wak. Semuga Allah kurniakan kesihatan yang baik buat wak sekeluarga. Aamiin
BalasPadamselamat tahun wak..alhamdulillah, meriah mcm2 ada kann...
BalasPadamSelamat tahun baru wak...Semoga sihat selalu..Amin
BalasPadamSelamat tahun baru 2026, wak !
BalasPadamSelamat tahun baharu 2026 buat wak sekeluarga. Tak pernah tak kecur la tengok durian, wak.
BalasPadamwahh muda lagi orgnya wak ni! saya terliur la tgk gmbr durian tuuu
BalasPadamberbakti kpd tanah pasti ada hasilnya. happy new year!
BalasPadamSemoga wak terus sihat untuk mengelola semua ternakan dan kebun yang luas tu wak. Bila la agaknya dapat merasa durian di kebun wak tu kan. Limau wak dah pernah rasa hehehhe.
BalasPadamSelamat Tahun Baru Wak..Oh ini orangnya..Semoga Allah permudahkan urusan pada Tahun 2026 pulak..Semoga terus bersama sama segala hasil ternakan Dan Tumbuh tumbuhan serta Insan kesayangan.. InshaAllah! Aamin!
BalasPadamsalam tahun 26 wp yg rajin berhibur dgn agroria...hiburan yg mengasyikan moga tiasa sihat n sukses usahanya
BalasPadamSelamat tahun baru wak. Seronoknya ada dusun sendiri macam2 tanaman ada.
BalasPadamSelamat Tahun Baru Wak! Semoga terus kuat dan sihat utk terus berbakti kpd tanah.
BalasPadamAmboi si Otto tu, kemain erk posing...
Untunglah cucu Wak, makan durian free sokmo hihi