Khamis, 13 November 2025

Rambutan Pusaka Berbuah Lagi

 Salam bertani

Wak nak tunjuk sepohon rambutan pusaka di hadapan rumah wak yang sedang berbuah lebat. Pokok rambutan ini ditanam oleh arwah bapa wak semasa meneroka tanah ini pada awal tahun 50an. Buahnya sudah mula kemerahan dan sesuai dituai beberapa minggu lagi. Jom nengok


Inilah pohon rambutan pusaka yang sedang berbuah lebat.
Kelihatan rumah kayu tempat kelahiran wak di belakangnya.


Dua minggu lagi masak ranumlah.




Gambar dekat.
Buahnya berbentu bulat, isi lekang, dan sangat manis.


Buah di bahagian pucuk pokok.


Salam bertani.


31 ulasan:

  1. Walaupun dah berusia masih dapat memberikan hasil buah yang lumayan. Lebat sungguh. Dapat makan fresh petik dari pokok sedap sungguh lah. Saya suka jenis isi manis dan isi lekang. Tak suka jenis isi melekat pada biji tu rasa tak puas makan isinya.

    BalasPadam
  2. Ranum nampak buahnya tu Wak. Cantik merah menyala tu....memang saya suka sangat rambutan ni.

    BalasPadam
  3. Cantik nampak rambutan, masak dengan elok sekali wak..segar melihat buah ni..

    BalasPadam
  4. Rambutan anak sekolah ke rambutan gula batu ni wak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan SA
      Ni rambutan jaman dulu.
      Wak tak tau klon apa.
      Orang dulu2 panggil pakai nombor.
      No 4 ke no 6 gitulah.

      Padam
  5. Kalau Linda tak tunggu 2minggu lagi, sekarang pun Linda dah makan..hihi..

    BalasPadam
  6. Rumah kelahiran wak sekarang sapa yang tinggal ye. Pokoknya walaupun dah 50 tahun rendang je wak kena selalu pangkas atasnya ke wak. Seronok tenguk buah sedang masak ranum nyet tak de datang makan ke wak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Emak wak ada duduk situ.
      Umurnya dah 90 lebih masih kuat lagi kudratnya. Rumah ni jadi tempat kumpul anak cucu masa hujung minggu/hari perayaan.
      Pokok rambutan tu dah lebih 70 tahun usianya. Dah dua kali ditebang dan tumbuh semula.

      Padam
  7. meriah buahnya.. jika masak semuanya lagi cantik nampaknya.. best dapat bertenggek atas dahan sambil makan rambutan.. mulalah mengelamun haha

    BalasPadam
  8. Tumpang duduk bawah pokok rambutan Wak, nak makan dua tiga biji rambutan pusaka.

    BalasPadam
  9. Terliurnya rambutan. Harga mahal sekrg ni

    BalasPadam
  10. Allahuakbar..Seronok menengoknya...Puas hati kalau dpt mkn ni =D

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah masih kuat beri hasil. Kalau saya buah dah merah² gini la saya suka. Tak minat yang terlalu masak. Selamat menikmati hasilnya Wak

    BalasPadam
  12. Wahh bestnyaaa kan
    Nak mkn petik freshhh
    Mcm bunga merahhh
    Baru beli jga ktnya dari Johor rm10 sekilo
    Beli 3 kg dapat harga Rm25
    Tp isinya campur ada yg kecik

    BalasPadam
  13. Rambutan apa ni ye wak namanya? Dulu depan rumah ada sepokok, mmg sebijik jenis ini. Tapi abah dah tebang sebab pokoknya yang dah semakin rebah pastu sayang sebab takde warisan dia lagi. Ada tanam pokok rambutan tepi rumah tapi jenis lain rupanya. Memang manis sedap buahnya payah nak jumpa orang jual buah jenis ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rambutan jaman dulu Dana.
      Benihnya dah takde sekarang.
      Wak nak klonkan tak pandai.
      Pernah buat cantuman tapi tak jadi.

      Padam
  14. alhamdulillah lebat rambutan rezeki turun temurun

    BalasPadam
  15. wahh banyak rambutan merah wak., huhu

    BalasPadam
  16. Alhamdulillah.. meriah buahnya.. PUas makan ni..

    BalasPadam
  17. Ni kalau nak makan boleh pilih² dulu ambik yang merah. Pokoknya rendang senang nak capai. Buahnya pun meriah walau pokoknya hampir 70 tahun. Ni dapat makan bawah pokok best ni.. tapi jangan ada kerengge.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhmdulillah kerengga ke semut ke takde.
      Wak dah sembur racun semut semasa buahnya masih hijau lagi.

      Padam
  18. Ini kalau mkn buat jeruk lagi laku keras.. nampak rendang boleh panjat hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buah yang kat bawah2 tu boleh dicapai tangan. Tak payah panjat.

      Padam
  19. Alhamdulillah berbuah lebat.. Rendang berbuah.. Ni banyak macam ni sedap kait. Panjat pun sedap juga. Sambil panjat sambil makan. Fuhh...

    BalasPadam
  20. Lebat buahnya! Rumah tempat kelahiran wak tu pun nampak terjaga dari luaran

    BalasPadam
  21. Ooooohhhh 'Pusaka'.... Mula2 pandang uncle baca 'Puaka'. Adui... Nak kena tambah power spek ni...

    BalasPadam
  22. Banyaknya buah. Panjang umur pokoknya. Seronok tengok, senang nak makan.

    BalasPadam
  23. Lebat sungguh ya pokok rambutan wak. Lagi dua minggu masak ranum buahnya. Mesti manis leting ya

    BalasPadam
  24. Masyaallah... lebatnya buah rambutan. Mesti puas makan, bila tanam laman sendiri.

    BalasPadam
  25. MasyaAllah…dah sekian lama pun masih berbuah lebat. Tentu dijaga dengan baik oleh keluarga Wak.

    BalasPadam