Sabtu, 10 Jun 2023

Bela Ayam Penelur Lohman Brown

 Salam bertani

Selain memelihara ayam kampung asli, wak ada juga memelihara ayam kampung kacuk, ayam gajah, ayam selasih, ayam arab, ayam white leghorn dan ayam lohman brown. Kali ini wak nak tunjukkan ayam lohman brown yang wak pelihara sejak tahun lepas lagi dan sudah bertelur bermula bulan ramadan yang lalu.

Ayam lohman brown adalah baka ayam penelur  yang mudah  dipelihara dan rajin bertelur. Wak hanya memelihara 14 ekor lohman brown betina dan boleh mendapat sehingga 10 biji telur sehari. Telur ayam lohman brown berwarna cokelat pekat sama seperti telur ayam yang dijual di pasaran. Kebanyakan telurnya bersaiz B.


Sebahagian daripada ayam lohman brown betina yang
wak pelihara dalam reban bersaiz  7m X 3.5m.
Wak sediakan 3 bekas tempat ayam bertelur.
Seekor yang putih tu adalah ayam pejantan white leghorn.


Selain makan dedak, ayam juga diberikan makanan
 tambahan daun ketum ayam.
Ayam dilepaskan bebas pada waktu petang
selepas bertelur.


Ayam lohman brown betina dewasa yang sudah bertelur


Ayam betina lohman brown mula bertelur selepas 21 minggu
pemeliharaan.
 Bertelur setiap hari sebiji sehari dan tidak mengeram.


Hasil 3 hari peneluran.


Tuaian hasil sampai dah tak termakan.
Telur berwarna perang bersaiz B.


Kutipan tiga hari hasil reban ayam di belakang rumah.
Yang berwarna putih adalah telur ayam kampung dan
ada juga telur burung puyuh.

Salam bertani.


31 ulasan:

  1. Wak pelihara berbagai jenis ayam ... alhamdullilah hasil telurnya lumayan banyak...selain berkebun Wak juga ternyata peternak ...hebat nya Wak👍

    BalasPadam
  2. Wahhh.. banyak betul dia bertelur wak. Puas masak telur macam2 menu 😆.

    BalasPadam
  3. Masyaa Allah...
    Rezeki melinpah hasil bertani..Terujanya saya

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah, seronoknya wak dapat hasil yang fresh. Lebih diyakini bila sendiri ternak.

    BalasPadam
  5. Untungnya wakl...rezeki barang makanan yang tidak perlu beli lagi,...lebihan telur boleh jual pada jiran dan bila sudah banyak hantar kepada peraih

    BalasPadam
  6. Wah…seronoknya saya tengok.
    Kalau sehari 10 biji, memang tak termakan sendirilah.

    BalasPadam
  7. Wah Wak banyak betul ayam bertelur. Jimat

    BalasPadam
  8. Sekarang ni harga telur pun dah tahap kayangan juga Wak.
    Kalau berjiran, mau saya telur ayam Wak.

    BalasPadam
  9. Allahu, seronoknya sy tengok 🤩
    Tambah seronok kalau dapat sekampung dengan Wak haha ...boleh dapat stok telur segar setiap hari...

    BalasPadam
  10. seronoknya kutip telur ayam...istimewa ayam ni bertelur tapi xmengeram

    BalasPadam
  11. Bestnya, Wak. Kalau dekat, saya dah datang ke rumah Wak, beli telur. Sini, yang ada dijual, telur gred D saja.

    BalasPadam
  12. bestnyaaa!!! teringin nak bela ayam mcm yg wak buat ni tapi setakat teringin jer laaaa tak de azam yg gigih hahhahah

    BalasPadam
  13. alhamdulilah, wak takkan terputus supply telur seperti yg sering kita sini hadapi. seronok tengok hasil ternakan wak, teringat masa kat kampung masa kecik2 dulu, lauk pauk mmg tak perlu beli

    BalasPadam
  14. Alhamdulillah ... rezeki WP ... 👍

    BalasPadam
  15. wahh banyak ya telur dia. geram pulak tengok

    BalasPadam
  16. wahhhh lumayan ye wak.... mcm best je kan nak try suruh emak bela la kt kampung hehehe, jimat tak payah beli telur je

    BalasPadam
  17. untung haiwan peliharaan wak...semuanya selesa jer tanpa bersempit sempit dalam satu kandang...moga wak terus dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki...amin

    BalasPadam
  18. Macam-macam jenis ayam ye wak bela.. Alhamdulillah.. ada hasilnya sendiri bila rajin menternak dan menanam..

    BalasPadam
  19. ketum ayam? Sama tak dengan ketum manusia? hehehehe

    BalasPadam
  20. Semoga dilancarkan rezeki wak sekeluarga.Ayam & telur pun dah mahal sekarang ni.Ada hasil sendiri memang berbaloi

    BalasPadam
  21. Semoga terus sihat Ayam Ayam itu.... Telur burung putih agak mahal gak Kalau kat kantin tempat kerja saya ni..huhu...

    BalasPadam
  22. Bahagia nampaknya ayam-ayam penelur tu WP.
    Telor-telor dia ekor pun nampak segar

    BalasPadam
  23. Wak...saya salut dengan apa yang Wak lakukan ini.
    Benar-benar Wak petani yang kreatif.
    Kalau rumah kita berdekatan, saya mau mampir, barangkali bisa disiapkan sarapan pagi plus goreng telur...

    Salam,

    BalasPadam
  24. ayam nya sehat sehat...telurnya pun bagus...ulet wak beternak

    BalasPadam
  25. Seronoknya tengok. Tak payah pening2 dan risau stok telur dah.

    BalasPadam
  26. seronoknya macam ni, unlimited supply camtu..

    BalasPadam
  27. Bestnya tengok macam ni. Kalau sy la macam ni terima hasil, memang asyik sangat dah ni. Hihi

    BalasPadam
  28. ooo species ni mmg jenis ayam telur ye, tak meneram telur dia

    BalasPadam
  29. Alhamdulillah.. Macam-macam jenis ayam ye wak..

    BalasPadam
  30. Macam-macam jenis ayam ada. Lumayan hasilnya wak.

    BalasPadam