Salam bertani
Pada minggu lepas wak menuai setandan buah pisang awak yang wak tanam di dusun. Buah pisang awak sesuai dijadikan pisang goreng, dibuat kuih nagasari, dijadikan pisang salai (tak payah salai, jemur aje) dan enak juga dijadikan pisang rebus.
Ada dua jenis pisang awak iaitu pisang awak yag buahnya banyak biji dan pisang awak yang buahnya takde biji. Yang wak tanam ni jenis pisang awak yang buahnya tiada biji.
Sesikat buah pisang awak matang
yang sesuai untuk digoreng
Seperdu pisang awak yang wak tanam di dusun
Induknya sudah berbuah
Sebahagian daripada anaknya dipotong supaya
tidak terlalu padat
Petua untuk menuai buah pisang
Apabila sebiji daripada buahnya sudah menguning,
menandakan buah pisang sudah boleh dituai
Cara menebang pokok pisang
agar buahnya tidak jatuh terhempas
Tandan pisang tergantung tidak mencecah tanah
Buah pisang awak yang sudah dituai
Sebahagiannya sudah dibahagi-bahagikan
kepada jiran-jiran
Isi buah pisang awak tanpa biji
Pisang awak goreng buat minum petang
Salam bertani.
Alhamdulillah rezeki pisang segar..
BalasPadamPisang awak sedap betul digoreng atau dibuat kerepak.
BalasPadamsedapnya goreng pisang awak buat makan petang sambil minum kopihitam pekat
BalasPadamOooo.... cam tu ke cara tebang nya?
BalasPadamkalau tak pandai tebang boleh hancur jatuh terhempas
PadamEloknya pisang Wak tanam.. alhamdullilah, rezeki berbudi pada tanah kan..
BalasPadamwak, kalau di buat kerepek boleh tak pisang awak ni ye wak? yelah dana pernah beli pisang goreng yang isinya bnyak biji dahla besar-besar... spoil betul
BalasPadamPisang awak ni memang sedap kalau dibuat kerepek
PadamDulu wak ada tanam yang ada biji tu, sekarang dah buang/bunuh ganti dengan benih yang takde biji ni
Saya selalu confius dengan pisang awak ni bila kata boleh di goreng. Kalau pisang nipah tahu lah sedap di goreng dan di buat kerepek. Sisir tandannya banyak ye wak. Bestnya
BalasPadamPisang awak ni tak banyak orang tanam berbanding pisang nipah. Tapi sekarang pisang nipah susah hidup sebab senang kena penyakit. Psang awak sesuai digoreng macam pisang nipah juga.
PadamKalau Mak kita ni suka buat nagasari Wak.. belakang rumah ada sepohon, tapi now dah takde dah, habis di tebang..
BalasPadamKalau yang dah lembik sikit tu memang sesuai dibuat kuih nagasari. Buat bubur campur pun okay
Padambestnya ada tanam pokok pisang....
BalasPadammasa saya kecil dulu dan keluarga agak susah, kami pernah goteng pisan yang masih muda (agaknya tak sabar tunggu pisang itu ranum sendiri ).
BalasPadamPotong pisang nipis nipis, rendam dengan air garam sejam-dua, kemudian goreng.
Agaknya, sebab saya anak kampung yang masih kecil...sedap aje semuanya itu.
Pisang awak ni kalau yang belum matang boleh direbus
PadamMakan cicah kelapa parut memang klass
sedapnyaaaa pisang gorengggg
BalasPadamSedap ni makan panas-panas.. Ada juga beli pisang awak goreng banyak biji..
BalasPadamSedapnya goreng pisang awak. Untung berbudi pada tanah
BalasPadamAda juga yg ada biji & takde biji ye..baru tau.
BalasPadampisang pun ammi berapa nak kenal masalahnya
Sedapnya gorengan pisang awak takde biji.
BalasPadamMrs. A geram kalau pisang awak goreng yang ada biji tu bila makan tergigit biji spoil mood.
pisang,. sedapnya buat cekodok
BalasPadamAda satu teka teki...
BalasPadamBuah apa bila kita cakap jadi hak orang..
Bila orang cakap jadi hak kita...
😁betul...
pisang awak
Amboi, main teka teki pulak dia
PadamBaca entri wak ni, tetiba teringin goreng pisang dengan teh tarik pulak.
BalasPadamSegarnya menikmati buah original..jus pishang bukan pishang ya hehehe
BalasPadamjus pisang..
BalasPadamsedapnya pisang goreng
BalasPadamAssalamualaikum wak. Untuk pokok pisang ni wak guna baja apa ya.
BalasPadamWkmussalam
PadamBaja apa2 pun boleh
Biasanya guna baja sebatian 15:15:15
Baru tahu petua menuai tu. Terima kasih share wak. Sedap ni buat pisang goreng cicah sambal kicap.
BalasPadamLepas tuai boleh terus goreng tak?
BalasPadamBoleh. Goreng buat kerepeklah
PadamRebus pun boleh. Makan dengan kelapa parut
Salam wak.. pokok pisang awak saya kali pertama berbuah semua buahnya tiada biji...tapi bila anak² pokok tersebut saya biakkan kmdn berbuah..semuanya jadi berbiji..kenapa ya ? Mcmn nk dapatkan benih pokok yg buahnya X berbiji?
BalasPadam