Salam bertani
Pokok rambutan pusaka di depan rumah.
Rambutan jenis zaman dulu ni susah nak jumpa sekarang
Wak sediakan galah, sapa-sapa nak, kait ajelah
Wak didik 15 ekor anak ayam kampung kacuk
Baru berumur seminggu
Inilah duku JDT yang kulit tebal tu
Baru mula menguning
Macam ni isinya masih masam lagi
Baru sampai
Sambal nyet berapi yang viral tu
Pn is3 wak yang suka
Wak tak berani makan sebab pedas sangat
Budak ni namanya Jantan, umur 3 tahun
Wak panggil Atan aje
Ingatkan nak buat pembaka
Dah namanya musim cempedak
Setiap harilah goreng cempedak
Selagi tak jemu
Pisang 40 hari
Time buah-buahan banyak ni dia pun sibuk nak masak juga
Sapalah nak makan
Pn is3 pesan nak buah duku terengganu
Jadi wak nuailah petang tadi
Anak pokok durian duri hitam
Durian kayangan yang harga buahnya cecah RM100 sekg
Harap-harap musim depan berbungalah
Ayam kampung kacuk hitam ni wak dah sembelih
Sebelum sembelih, timbang dulu, 7 kg beratnya
Tak boleh jadi pejantan sebab berat sangat
Kucing betina ni namanya Momoy
Kira ketua kucing-kucing peliharaan di rumah wak.
Si Otto dan Kent takut dengan dia.
Emak dia pun takut dengan dia.
Budak Kobit 20 dah mula kena tambat sebab kuat merayap
Rantai leher dia tu baharu pasang
Musim buah manggis dah nak berakhir.
Banyak buah yang tak terkutip sebab adik beradik
dan anak cucu tak dapat pulang ke kampung.
Salam bertani
meriah rumah wak dengan buah-buahan. klu dekat bole gak mintak sekilo dua rambutan ngan manggis
BalasPadamAlolo...nostalgianya pokok moktan depan rumah siap ada galah.Kalau ada pelenggaq(pangkin) layan ni..
BalasPadamSi Momoy tu tengok gaya tidur pun dah tau "samseng" diaš¤£
Meriahnyaaaaa buah buahan dekat rumah wak, ini duduk rumah wak memang kenyang selalu sebab stok makanan tak putus putus hahaha. Gangster ye momoy tu hahaha, emak pun takut dengan dia.
BalasPadamRendang betul rambutan. Jelezz tengok.
BalasPadamSambal nyet tu sampai ke sudah saya tak dapat order. Give up dah.
Atan nampak gagah, makanan tak putus dari tanaman sendiri Alhamdulillah
BalasPadamSeronok tengok tempat wak ada dusun tenang ja.. :)
BalasPadamGagah betul Atan tu ye..
BalasPadamDuku ada banyak jenis ye.. Baru tahu..
agraria yg meriah hasilnya Alhamdulillah
BalasPadamSi momoy tu nampak manja ja tp tak sangka cenggey ya
BalasPadamMuai pak... Macam-macam buah ada.
BalasPadamSaya suka duku kulit keras.. tak nampak
BalasPadamlagi buahnya dijual kat sini..
Alhamdulillah. Betul babah cakap sekarang musim cempedak. hehehe.. alahai Momoy..kemain ye berjuntai kaki nampak..
BalasPadamBagus wak sesiap sediakan pengait tu. hebat puan mak incek dapat beli sambal nyet berapi tu. Rasa macam dah lama tak makan buah duku kulit tebal tu. Jarang nampak orang jual dah. teringat wak update dulu jenis tu orang dah kurang tanam dah kan. Bila anak anak tak dapat balik ni memang tak terkutip tak termakan kan wak. mana yang ada selagi tak jemu dihabiskan sikit sikit.
BalasPadamrambutan lama, šmesti. sedappp. jenis. buah camni
BalasPadamduku keras kesukaan sy ni biasa. dia. last msak dgn buah rambai dan. tampoi.
blkg umah pusaka arwah pak ada 3 pokok. Tp thn. ni tak lebat buahnya. dulu2 sy lah yg akan. angkut byk2 he jee
3 tahun si jantan dah besar macam tu?
BalasPadamMerah menyala buah rambutan atas pokok.
BalasPadamBeratnya ayam jantan tu Wak. Boleh masak kari buat kenduri!
subhanallah buah-buah tu semua.. mengancam iman!
BalasPadamseronok betul wak.. ni kalau anak cucu balik ni mmg meriah.. ade ayam lembu.. buah..mmg xbosan lah wak ye.. hari2 mesti ade je aktiviti kebun
BalasPadamWah meriah betul .tengok pokok rambutan tu kemerahan berbuah , guna pengait je nak petik sebab pokok nampak tak terlalu tinggi sangat .
BalasPadampos kat saya la pisang tu dah takda sapa nak makan ehehe..
BalasPadamYa Allah,lebatnya rambutan tu!merah betul
BalasPadamFuhhh... Baru makan rambutan semalam... Whoaa.. selamat memakan sambal tu .. takdalah pedas sangat bagi saya. hoho.. Eh sedapnya manggis..sayang kalau tak dimakan tuu...Bagus jugak hari hari makan cempedak..hoho
BalasPadamperghh, banyak banyak yang wak tunjuk. terliur hat sambal tuuu. malas nak rebut beli
BalasPadamAllahu Akhbar. Bestnya wak. Banyaknya buah.
BalasPadamMemang tidak termakan kalau seorang. Bagus beri pada orang lain.
BalasPadamalhamdulillah, berkongsi rezeki...best jugak kalo datang rumah wak, da macam lawatan sambil mengait buah-buahan sendiri..hahaha!
BalasPadamSerunya, Wak, banyak macam buah tumbuh di kebun Wak
BalasPadamCantikknya laman wak. Walaupun nampak sikit nampak kemas bersih tu. Banyak ya hasil musim buah kalini. Betul lah tu. Sebab tak boleh balik. Kalau idak habis awal dah hehe. Salam bertani
BalasPadamCobid 20 tu merayap nak cari marka kut wak. Pisang 40 hari rupanya namanya. sedap tu makan gitu aje.
BalasPadammeriah tgk buah rambutan berbuah tu..sedapnya cempedak dan manggis
BalasPadamcomelnya anak ayam tu
BalasPadamserius lah wak..mcm mana boleh senang order sambal nyet viral tu..saya selalu terlepas nak order..asyik licin je!
BalasPadamSeronoknya tanaman semua dah keluarkan hasil macam nie kan Wak..
BalasPadamSeronoknmama.tgk hasil kebunn wak
BalasPadam