Salam bertani
Hanya ada sepokok sahaja cempedak isi merah ini di dusun WP. Kebanyakan yang lainnya berisi kuning. Seingat wak, wak tanam pokok cempedak ini menggunakan biji benih kira-kira 7 tahun yang lalu. Ada 3 pokok yang sebaya tetapi yang dua lagi berisi kuning.
Alhamdulillah ia berbuah lebat pada musim kali ini. Buahnya besar, isinya pun besar dan padat. Puas hati kalau buat cempedak goreng atau dimakan begitu sahaja.
Isi cempedak merah
Lebih 5 kg beratnya
Enak dimakan begitu sahaja
Isinya tersusun cantik
Setelah ditarik empulurnya
Dah makan
Dah goreng
Baki 2 bekas masuk esbok
Pokok cempedak merah meriah berbuah.
terbayang kemanisan cempedak ni..
BalasPadamJarang jumpa tapi sekali dah makan memang berbiji2 bole hadap :D
Apa beza isi merah dengan isi kuning wak? Beza dari segi kemanisan dia ke? Isi merah lagi manis ke wak? Hehehe
BalasPadamIsi merah ni kira rarelah
Padamrasanya mungkin lebih kurang aje
Masha Allah...
BalasPadamCantik warnanya..Pasti manis juga rasanya...
Molek pulak tu tersusun ulasnya..
Warna cantik. Lagi sedap.
BalasPadamSuka makan cempedak goreng.. Kalau ulas besar, RM1 seulas harganya..
BalasPadamsedappnya, sy suka mkn begitu saja
BalasPadamhe hee gorzng pun sodapp
Nampak seperti cempedak merah ni lagi merah.. Baru tahu ada cempedak merah. Ke selama ni mata ni yang tak perasan.
BalasPadamAsalam..tuan blog..banaykkan makan buah..vitamin ..jadi vaksin juga ..sukur rezekinya
BalasPadamwah ..sedap buat cucur cempedak ni
BalasPadamCantiknya isi cempedak merah.. memang tengah musim sekarang nie kan Wak..
BalasPadamMusim cempedak dah nak habis
PadamSekarang musim duku pula
Goreng celup tepung best tu Wak. Minum dengan air kopi panas. 😋
BalasPadamWak..terliur saya tgknya..isi merah..rasanya manis..hmmm..bila goreng aromanya menusuk kalbu
BalasPadamAdududuu...terbayang rasa mnisnya cempedak ni...
BalasPadamsedapnya cempedak ulasnya pun besar fevret kak tu kalau dkt mesti dh gi borong
BalasPadam7 tahun ek.. tak sabar nak makan buah cempedak sendiri. Pokok baru keluar daun sulung hehehe
BalasPadam7 tahun ni dah banyak kali berbuah.
PadamCempedak berbuah bermula 2 - 3 tahun penanaman
Alhamdulillah. Yang merah ni jarang jumpa, selalu yang kuning tu je.
BalasPadamAlhamdulillah..menjadi hasil tanaman cempedak merah wak ni. Musim ni meriah sikit buahnya ye. Cantik warna dia tu, macam golden cempedak pulak nampak. Isi penuh satu biji tu. Berat banyak isi berbaloi sangat ni. Ini yang nak mencari cempedak pulak ni. Buat cempedak goreng memang sedap.
BalasPadamAlamak! I like!
BalasPadamNampak ranum betul cempedak merah tu Wak.
BalasPadamSedapnyaaa....teruja SA nak rasa tapi tu la x boleh kan...makan seulas pun semput macam hape...ntah bila la boleh makan...ke memang x boleh makan sampai bila2
BalasPadamBestnya wak dapat makan cempedak merah tu. Ini baru tahun pertama tuai hasil ke?
BalasPadamnak nak nak!
BalasPadampuas makan tu wak kalau dapat sebijik..
BalasPadamwak ada benih cempedak nangka tak. Cempedak merah tu emm memang mengencurkan
BalasPadamDulu wak ada tanam cempedak nangka tetapi wak dah tebang.
PadamBuahnya macam buah nangka tetapi isinya benyek macam cempedak. Tak payah tanamlah.
Sekarang dah taklarat makan goreng. Sampai ratah mentah2 saja. manisssssssss sedap cempedak isi merah ni
BalasPadamsedapnya cempedak..tak pernah lg makan cempedak jenis ni..
BalasPadamsedapnya wak..nampak manissss je :)
BalasPadamAdudu confirm sedap Dan Manis no. Besar betul buahnya
BalasPadamSaya sampai sekarang Wak, fobia nak beli cempedak, nak makan beli siap goreng, tu pun kadang dpt rasa uda peram.. frust betul saya..
BalasPadamNampak macam oren, yang penting sedap.
BalasPadamOh! ini namanya cempedak merah ya WP.
BalasPadamSemalam beli memang sedap isinya manis bersari dah goreng pun subhanallah sedap