Salam bertani
Selain pokok-pokok durian, pulasan dan rambutan, wak juga menanan pokok manggis di dusun WP. Pokok-pokok manggis di dusun wak sudah berumur lebih 30 tahun tetapi masih tetap mengeluarkan hasil. Benih asalnya wak beli di Pusat Pertanian Ajil, Hulu Terengganu semasa wak bekerja di Terengganu dahulu. Sejak wak tidak lagi berniaga di pasar tani, hasil manggis jarang-jarang wak jual. Cuma tuai sikit-sikit untuk kegunaan sendiri sahaja.
Menuai buah manggis agak rumit sebab kena petik satu-satu. Buah matangnya tidak boleh jatuh ke tanah kerana isinya mudah rosak. Biasanya wak petik buah yang rendah-rendah sahaja.
Ada yang sudah mula matang dan hampir matang
Gambar close-up sebiji buah manggis muda
Sepohon manggsi yang rimbun dan rendang di dusun WP
Sepohon lagi sedang lebat berbuah
Buah-buah manggis tidak kelihatan kerana terlindung daun
Gambar buah manggis muda dirakam daripada bawah kanopi pokok
Ada buah manggis yang sudah hampir matang
2 - 3 minggu lagi musimlah
Buah manggis matang yang tidak dituai akan gugur sendiri
Buah manggis matang amat digemari oleh monyet dan tupai
Tuaian manggis matang pada musim yang lepas
Salam bertani.
Macam-macam ada dekat kebun WP :)
BalasPadamBanyaknya tanaman di dusun Wak..Saya suka manggis yang hampir masak & isinya masih rangup...sedapnya
BalasPadamSedapnya...saya suka yg kulitnya nasih merah..masih pejal isinya
BalasPadamPokok manggis kat rumah As pun rendang ke bawah. Boleh kutip buah macam tu jer...Seronok...
BalasPadammanggis yg hitam rasanya manis kata org daun manggis yg gugur ubat sakit darah tinggi mujarab wallahuaklam
BalasPadammak oi..rendangnya pokok manggis wak
BalasPadamRendangnya pokok manggis wak.Tak payah panjat. Hulur tangan je dah dapat petik buah manggis.
BalasPadamBestnya dapat makan manggis bawah pokok :)
Huhuhu..
BalasPadamSedapnya buah manggis..
Dulu rumah dikampung dikelilingi pokok manggis..
Yg suka bila manggis berbuah..
Yg tak suka bila kena sapu sampah daun manggis yg gugur..
Skrg tinggal sebatang pokok manggis yg berusia 30 Tahun lebih juga..
Buah berebut dgn monyet kata adik yg tinggal dikampung..
sedapnya manggis..belum nampak org jual manggis lagi..
BalasPadambuah yg sy suka sbb x makan durian. biasanya dua buah ini yg byk di dusun atuk selain duku...
BalasPadamBuah manggis amat digemari oleh monyet, tupai dan juga uncle... hehehehe.....
BalasPadamSudah lama tak berkunjung kesini.. Wak saya baru sekali ini melihat buah manggis yang masih muda, biasanya hanya lihat di pasar yang sudah siap makan.. sedap lagi manisnya.. hmmm
BalasPadamSuka makan buah manggis. Tapi setakat ni tak nampak lagi pokok manggis kat kawasan rumah ni.
BalasPadamKecur tengok isi mmanggis! Sedapnya dibuat sambal belacan manggis!
BalasPadamSedappppnyaaa, dah lama takk makan buah manggissss.
BalasPadamCantik-cantik buahnya. Alhamdulillah. Rezeki.
BalasPadamWah sedapnya buah manggis tu. Boleh rasa sikit tak.
BalasPadamRendang betul pokok manggis tu... Yang dekat rumah ada sepohon.. tinggi betul.
BalasPadamrendang pokok manggis wak. macam ni senang nak panjat tak payah kait yang atas tu. Sedap buah manggis manis.
BalasPadamSedapnya manggis..tapi SA x leh makan banyak..batuk
BalasPadamWahhh bestnya manggis. Tempat kita takda lagi ni
BalasPadammasyallah bestnya ada kebun manggis....teringat kampung, rindu kampung ...manggis mesti dah nak masak mcm warisan petani punya...
BalasPadamPatut mak mertua saya dulu siap panjat pokok manggis lagi, bila musim, nak bagi anak cucu makan. Sekarang dia dah uzur dah. Pokok manggis pun dah ditebang.
BalasPadamcantiknya buah manggis tu. teringat zaman budak-budak dikampung, jika musimnya, memanjat pokok manggis. tapi pokoknya besar tinggi...
BalasPadamBuah yg ssh nk jumpa ni wak
BalasPadammerimbun..bestnya kampung wak
BalasPadamJenuhlah nak memetik buah dahle tinggi pokoknya. Tapi manggis sedap sekali.
BalasPadamtkde nmpk lg org jual manggis....kalau dpt buah yg besar sedp btul mkn
BalasPadamBuah Kegemaran wooo.. kat sini blom ada yg jual... teringinnya lahaiii
BalasPadamSedapnyaaa manggis
BalasPadammanggis! lama jugak xmakan nii.
BalasPadamLama tak makan manggis. Tak jumpa org yg jual buah elok banyak yg busuk
BalasPadamManggis manis sedapppp
BalasPadamsakit jantung
penyakit gerd
kencing manis
sakit lutut
supplement ibu mengandung