Salam bertani.
Alhamdulillah, wak selesai membina sebuah kolam takungan air di dusun. Wak upah jentera pengorek menggali kolam di tengah-tengah dusun. Jadi takdelah masalah bekalan air bila kemarau nanti. Selepas ini wak akan menggunakan pam penyedut air untuk menyiram tanaman terutama sekali anak-anak pokok durian.
Sebuah kolam takungan air siap dibina 3 hari yang lepas.
Air hampir memenuhi kolam kerana musim hujan sekarang.
Jentera penggali memulakan kerja mumbuat kolam
Penggalian kolam sedang dijalankan
Kolam hampir siap
Kolam yang telah siap dibina beberapa hari yang lepas.
Saluran air masuk itu akan wak pasangkan paip PVC
dan tanahnya akan ditutup semula.
Wak nak mancing ikan puyu untuk dimasukkan ke dalam
kolam baru ini.
Salam bertani.
Rajin betul Wak nie.. ada aja yang nak dibuatnya. Kita tengok pun seronok.. hehehe..
BalasPadamwah, kenapa ikan puyu, wak? Ikan ruan ok jugak wak, hihi
BalasPadamair tu penting wak..
BalasPadamAlhamdulillah... Betul wak air penting untuk tanaman dan hidupan 👍👍
BalasPadamkot panas lepas ngerumput, bolehla njebur kolam ye wak hehehhe...
BalasPadamwah meriah..bebaik wak, nnt cucu2 balik igt nak mandi kolam tu plak hehe
BalasPadamBesar juga kolam 4 segi wak tu ye.
BalasPadamRajinnnnn wakk bertani. Moga moga durian berbuah dengan banyakk.
BalasPadamSeronok tengok Wak bertani :)
BalasPadamSaya dah update bloglist pertama saya https://adindabaizuramazlan.blogspot.com/2021/03/pengomen-tegar-mac-2021-bloglist-april.html
Wah.. Makin advance dusun Wak. Semoga tanaman menjadi
BalasPadamwahhh bole mandi tak dalam kolam tu nanti wak..hahaha
BalasPadamWahhh banyak modal tu wak. Bestnya petani moden.
BalasPadambestnya petani moden siap kolam ikan! jeles kita :D
BalasPadamPelihara sekali ikan keli.. Lumayan.
BalasPadamComelnya jentera tu! hehe
BalasPadamwowww bestnyaaa ada tanah sendiri. niii sy dpt bela ikan dlm aquarium jaaa.hahahaha
BalasPadamWah,lepas ni memancing puyu la pulak sebagai terapi selepas penat berkebun.Seronoknya ...
BalasPadamwahhh 😲 kalau panas nanti, boleh terjun kolam tu 😂 hehe
BalasPadamEhhhh, very nice wak!!! Kipidappp.. hehee
BalasPadamBagus wak, musim hujan ni sedang elok buat kolam bekalan air.
BalasPadamMeh ambik sikit ikan talapia saya kqt kolam buat benih...hihihi
BalasPadamBoleh tahana dalam tu...jangan biar budak- budak kecik memain kat situ dah la...risau..
BalasPadamlapangnyaa kawasan, ini boleh buat swimming pool ni
BalasPadamMusim hujan sekejapan air Naik ye wak. Nanti jadi kolam.ikan puyu la ni
BalasPadam