Salam bertani.
Hari ini wak kerja merun di kebun. Merun bermaksud membakar untuk membersihkan kawasan kebun. Wak memerun sisa tebangan dua pokok rambutan jarum emas yang ditebang kira-kira sebulan yang lepas. Pokok rambutan tersebut wak tebang untuk digantikan dengan tanaman anak durian klon.
Api sedang marak diperunan.
Batang dan ranting rambutan dilonggokkkan
di tunggul pokok dan diperun.
Perunan pada tunggul pokok yang lain.
Perunan hampir selesai
Tunggul pokok selepas diperun.
Tunggul dan akar pokok akan mati.
Tunas baru tidak akan tumbuh.
Penanaman pokok baru bolehlah dimulakan.
Salam bertani.
oooo baru tahu namanya merun kalau bakar2 macam ni ..
BalasPadamhehe..
Bersih. Senang hendak tanam pokok-pokok lain.
BalasPadamwahhhh.. bestnya dah bersih lepas ni...
BalasPadamKalu kecik2 dulu bila merun cari Ubi kayu keledek jolok dlm bara smpi masak makan panas2
BalasPadamSalam WP..
BalasPadamEmak saya juga sebut sebagai merun. Selalunya perkataan itu merujuk kerja-kerja membakar sisa-sisa membersihkan kebun
Kayu rambutan antara kayu api terbaik untuk memasak guna dapur kayu. Ini kerana kayu rambutan bara apinya hidup lama berbanding kayu getah cepat menjadi abu. (ini hanya dari pengalaman saya)
MERUN MENGHALAU NYAMUK
BalasPadamkat kebun sentiasa ada kerja wak.
BalasPadamLama tak dengar perkataan memerun/merun ni. Abah kat kampung biasa guna perkataan merun ni. Merun ni orang johor je guna, kan?
BalasPadamHalau nyamuk ni wak. Seronok merun ni wak..pantang ada dahan ke daun kering timbunkan je.
BalasPadamSeronok kalau sesekali dapat bersihkan kebun macam nie..
BalasPadamthank you wak.. tak pernah tau pun wujudnya perkataan merun ni.. mula baca tapi, mercun hahah rupanya merun
BalasPadamAla-ala unggun api pengakap pun ada!
BalasPadamMerun daun dan dahan pokok rambutan ni senang terbakar dibandingkan pokok lain,apatah lagi bila cuaca panas.
BalasPadamOoo.. merun namanya. Barulah pokok lama mati ye.
BalasPadamseronok kan ada kebun ni.. rindu pulak balik kg..
BalasPadamOh merun rupanya kata kerja untuk bakar2 ni hehe terima kasih wak, bertambah ilmu
BalasPadamDah tua begini, baru saya faham maksud merun. Waktu kecil dulu selalu dengar sembang-sembang emak bapak dengan jiran, ada disebut merun tapi tak tahu maksud.
BalasPadamwahh merun bermaksud bakar. first time dengar. btw memang petani berjaya lani. Terbaik
BalasPadamRindu nak memerun sampah daun kering belakang uma Mak... kalau masa Mak ada rajin lee dengan dia merun sampah...
BalasPadamteringat kat kampung kecik2 dulu masa belakang rumah mamak masih ada segala pepokok semak samun..kalo merun gini time cempedak tengah banyak, haa kami bakar cempedak sekali..sedap makan cempedak bakar lepas penat merun...
BalasPadamDulu masa kat kg memang suka memerun ni...selalu jadi volunteer kutip sampah ke sapu sampah
BalasPadamwak ojo asek merun wae, mengko jerebu satu mesia., hahaha
BalasPadamDurian lagi best tanam ye WP..
BalasPadamRajin wak :) kebun durian ayah saya pun dah lapang skit..sng kutip durian luruh :)
BalasPadamselalunya lepas seminggu, mak akan ambil tanah kawasan pembakaran untuk dijadikan baja2 pokok.
BalasPadamKat kampung je boleh memerun WP kat taman ni hutan batu jer...
BalasPadamMy bapa rajin keja camni lepas pencen. Duk bandar x dpt buat apa2. Rindu kampung
BalasPadamJadi bersih kebunnya wak
BalasPadamPertama kali dengar perkataan merun. Cik TK belajar perkataan baru hari ni!
BalasPadam