Jumaat, 26 Jun 2020

Anak-anak Di belakang Rumah

Salam bertani.

Ayam-ayam kampung yang wak ternak di belakang rumah banyak berkurangan kerana dikorbankan semasa raya PKP yang lepas. Yang tinggal hanyalah induk-induk betina dan pejantan untuk penghasilan telur ayam dan untuk pembiakbakaan.  Anak-anak ayam kampung yang menetas semasa raya PKP yang lepas sudah berumur sebulan dan sudah berpindah ke reban tanah. Ada juga anak-anak ayam kampung yang baru menetas dan ada sebahagian ibu ayam yang masih mengeram.



10 ekor anak ayam kampung daripada satu induk.
Berumur sebulan setengah.
Menghuni reban berlantai tinggi.


7 ekor daripada induk yang lain.
Berumur satu setengah bulan juga.
Menghuni reban lantai pasir.


Anak-anak ayam kampung ini baru dipindahkan 
ke reban  daripada sangkar didik.
Baru berumur sebulan.



30 ekor daripada 3 induk yang menetas serentak.
Masih kekok memijak tanah.


Baru seminggu menetas.
Dipisahkan daripada ibunya selepas menetas.
Tinggal di sangkar didik dihangatkan oleh
mentol 40W.


Berumur dua minggu.
Masih tinggal di sangkar didik
tetapi tidak perlu mentol lagi.


Yang ini berumur dua bulan.
Sudah dilepaskan bebas pada waktu petang.


Dua induk ayam kampung sedang mengeram
Dijangka menetas dua minggu lagi.

Salam bertani.

23 ulasan:

  1. Banyak ayam kampung wak..meh jual kat saya

    BalasPadam
  2. menjadi ayam wak pandai menjaganya bersistem

    BalasPadam
  3. Baguslah wak, bila berilmu buat apa pun dgn cara yg betul, jadi dapatlah hasil yg memuaskan.

    BalasPadam
  4. Dua minggu lagi..makin bertambah banyak la anak2 wak :)

    BalasPadam
  5. usia 2 minggu pun dah beso ek Wak...kalau dah setahun lagi gemok dia kannn...

    BalasPadam
  6. Banyak peringkat, byk jenis reban...comel anak ayam baru menetas..

    BalasPadam
  7. wak ni mesti banyak ke kursus.. pokok jadi. binatang pn padai jaga

    BalasPadam
  8. Rajin betul Wak, membiak sungguh ayam2 nya. Alhamdulillah berkat kerajinan dan usaha gigih..

    BalasPadam
  9. Bestnya bela ayam. Mak saya dulu bela ayam jugak.Tapi habis semuanya kucing makan. Belum sempat besaR DAH HABIS KAT KUCING.

    Sekarang suruh bela dia tak nak dah.

    BalasPadam
  10. Semoga suksess selalu wak. Rindu suara anak anak ayam. Lama dah tak dengar

    BalasPadam
  11. Wah seronoknya tengok ada banyak ayam!

    BalasPadam
  12. Teringat ayam-ayam di kampung nenek suami saya yang diusahakan oleh sepupu suami... kalau ada rezeki dapat beli sebidang tanah, memang saya teringin nak jadi petani @ penternak moden... anyway, semoga WP terus berjaya ya...

    BalasPadam
  13. Alhamdulillah wak... byk hasilnya ni

    BalasPadam
  14. Saya teringat semasa kecil, ayah selalu menyembelih ayam-ayam yang dibela di rumah. Sekali sembelih dua ekor. Kami adik beradik excited apabila melihat ayam nak kena sembelih. HAHAH~ selepas itu, mak akan memanaskan air dan ayam-ayam yang dah mati itu di'celup' ke dalam air panas tersebut. Langkah seterusnya, saya akan bantu mak dan ayah cabut bulu-bulu ayam tuh. Mak akan masak ayam tuh buat sup ayam rebus guna dapur arang. Sedapnya MashaALLAH...lain sangat dengan anak-anak sekarang kan? kebanyakannya sudah siap terhidang di atas meja. Pengalaman yang mustahil untuk mereka nikmati pada zaman sekarang.

    BalasPadam
  15. Alhamdulillah.Comel montel semuanya.Ngeri bila tengok ibu ayam mengeram dan ada ank kecil ni.jangan buat pasal dengan mereka tak cukup tanah nanti nak lari.

    BalasPadam
  16. teringat dulu selalu kalau pergi pasar mesti bawak balik 2 3 ekor ayam warna warni hehehe.

    BalasPadam
  17. Wah bestnya Wak.. bukan pokok je.. ayam pun pandai jaga! Hebat la!

    BalasPadam
  18. Makin banyak ayam belaan wak.. Adik Sha pun baru nak mula ternak..

    BalasPadam
  19. Kenapa tak boleh duduk reban tanah je WP anak ayam ni?
    Kesian anak ayam tak dpt susu ibu hihi

    BalasPadam
  20. mesti kaki dia rasa geli2 masa mula2 pijak tanah tu..hahahah

    BalasPadam
  21. Dulu masa kecil-kecil, suka sama ayam kampung. Entah napa bila dah besar, jadi tak suka pula rasa ayam kampung.

    BalasPadam