Sudah dua petang hujan turun dengan lebatnya setelah agak lama tiada hujan. Jadi ringan sikit tugas-tugas wak di kebun kerana tidak payah menyiram tanaman. Bolehlah wak melakukan tugas-tugas lain seperti membaja, merumput dan meronda-ronda kawasan. Pagi ini wak mula membungkus putik nangka yang bergayutan di pokok. Sekiranya lambat dibungkus, buah-buah nangka akan rosak diserang oleh lalat buah. Wak balut menggunakan karung plastik bekas makanan ayam.
Putik2 nangka madu J33 selesai dibalut.
Nangka Mantin ini berbuah kali ke-dua.
Nangka madu J33.
Sebahagian buah2nya sudah dibalut.
Nangka merah.
Sebahagian buahnya sudah dibalut.
Sebahagiannya menunggu masa beberapa minggu lagi.
Setangkai putik nangka.
Perlu simpan sebiji sahaja untuk pembesaran
sebelum dibalut.
Esok sambung balut yang ini pula.
Juga perlu dibalut beberapa hari lagi.
Anak pokok nangka ini baru belajar berbuah.
Salam bertani.
Nampak lebat buahnya tu
BalasPadamnangka madu itu mesti manis rasanya bila dah dituai nanti.
BalasPadamBagus balut awal-awal. baru elok buahnya nanti.
BalasPadamLebat berbuah...nangka putik buat masak lemak..huhu..time PKP ni, blm ke pasar lg..
BalasPadamwahh..banyaknya buah nangka..nangka mana yang paling sedap ya WP, Saya ingat semua nangka sama je..ada banyak jenis rupanya..huhu..tahu makan saja..heh..
BalasPadamMoga menjadi semua buahnya wak
BalasPadamNampak kecik pokoknya tapi dah berbuah…
BalasPadamWah yang kata kena simpan sebiji tu putik yang lain kena buang ke?
BalasPadamwah... alhamdulillah.
BalasPadambest nyer. ada pokok buah sendiri.
subur plak tu.
wong sogeh kambek tanaman harus sogeh jugak.. aminn
BalasPadamSaya cuma tau ada nangka madu ja..rupa2nya byk jenis jugak ya..
BalasPadamlebat betul buahnya,
BalasPadamsini pun hujan petang2 wak tak berkesempatan jengah kebun blkg rmh semasa tempoj PKP ni :)
BalasPadambyk buah nangka tu..tklama lg dpt la hasil tuaiannya
BalasPadamMesti manis-manis nangka ni kan wak
BalasPadamkat tempat saya panas sangat cuacanya. Sedap buah nangka. Masa sekolah rendah, selalu bantu arwah mak potong nangka dan ulas buahnya dicucuk ke lidi beberapa ulas dan dijual.
BalasPadamwah semoga menjadi buahnya WP
BalasPadamBanyak sungguh buah yg lekat. Lumayan hasilnya nanti.
BalasPadamAlhamdulillah.. sedapnya nangka madu
BalasPadamDulu masa budak-budak, suka sangat ambil putik nangka makan sama perencah maggie. ahahah
BalasPadamnangka ni dari muda sampai ke masak, semua sedap.
BalasPadamTerbau² buah nangka.. Tak sabar nak balik kampung tengok yang dekat kampung..
BalasPadamalhamdulillah...banyak hasilnya...
BalasPadamBanyaknya putik..
BalasPadammusim PKP ini tak adalah orang menjual nangka..
Seronoknya tgok buah dia...lebat betul..
BalasPadam