Semasa berkunjung ke Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2019 yang lepas, wak ada singgah di Laman Penternakan untuk melihat ternakan yang dipamerkan. Wak tersinggah ke satu boot yang memperkenalkan pokok ketum ayam. Daun pokok ketum ayam dikatakan sangat sesuai dijadikan makanan alternatif ternakan kerana mengandungi protein yang tinggi (melebihi 20%) dan kurang kandungan lemak.
Wak diberi penerangan tentang manfaat daun ketum ayam terhadap ternakan oleh pengusaha tanaman tersebut yang dipanggil Pak Tam. Anak benih pokok ketum ayam dijual RM20.00 satu polibeg manakala keratan batang berakar dijual RM70.00 seikat (mengandungi 11 batang). Memang agak mahal harganya. Wak hanya mampu membeli satu ikat keratan batang pokok ketum ayam tersebut.
Anak benih pokok ketum ayam semaian keratan batang
berumur sebulan.
Inilah banner pokok ketum ayam Pak Tam
di HPPNK 2019.
Anak benih pokok ketum ayam dalam polibag
ini dijual dengan harga RM20.00 setiap satu.
Keratan batang pokok ketum ayam.
Wak beli seikat keratan batang berakar pokok ketum ayam
(mengandungi 11 keratan dengan harga RM70.00)
Keratan batang yang wak semai di dalam polibeg
berumur 2 minggu (semuanya hidup)
Sudah berumur sebulan.
Salam bertani.
Sejuk tangan wak, hidup semua pokoknya. Tapikan wak, nama ketum tu, takpe ke tanam?
BalasPadamAlhamdulillah semuanya hidup.
PadamSebenarnya tumbuhan tu bukannya jenis ketum.
Ia tidak memabukkan dan sesuai dijadikan makanan ternakan.
Tak tahu la pulak pokok ketum ada nama ayam lak 😅
BalasPadamDaunnya macam daun ketum
Padamtu yang dinamakan ketum ayam.
memang patut wak beli yang keratan batang sebab lagi mudah di semai kan wak... agak-agak nya kan wak, ada tak orang yang try buat air ketum dengan pokok ketum ayam ni ek hehehe...
BalasPadamPokok ni tak memabukkan dana.
PadamTapi hanya untuk kegunaan ternakan aje.
Masa mula2 suami saya ckp nak beli pokok ketum...terkejut saya. Rupanya pokok ketum ayam (utk mknn ayam). Hahaa..
BalasPadamItulah pertama kali dgr & tau adanya pokok ni. Masa tu beli di Kajang, terus ke rumah pengusahanya.
Wak ada bela ayam kampung
Padambolehlah cuba kalau dah ada bekalannya nanti.
Setakat ni wak gunakan pokok rumput israel sebagai makanan tambahan ayam tersebut.
1st dengar ada pokok ketum ayam.. semoga semuanya berhasil ya Wak.. inshaAllah
BalasPadamWak pun 1st time tahu pokok ni.
Padamitu pun masa pegi HPPNK 2019 di Angsana JB baru2 ni.
Jumpa dengan Pak Tam
First time dengar..lepas ni jimat skit la dedak kan wak...nampak berhasil hidup dah semua pokok ketum ayam tu
BalasPadamMakan masa lama lagi agaknya.
PadamBila dah besar sikit nanti baru ubah ke kebun.
kalau daun ketum tu halal ditanam agaknya dah ada byk ladang besar di negara kita kan?
BalasPadamNak buat ladang ketum, bolehlah buka di Siam cikgu.
PadamSEMUA NAMPAK HIDUP SEMAIANNYA..NANTI BOLEHLAH MENJUAL BATANGNYA PULA KPD PENGUSAHA TERNAKAN...RASANYA POKOK INI AKAN SUBUR MERIMBA
BalasPadamNampaknya semua hidup.
PadamKalau berjaya bolehlah perbanyakkannya nanti.
Hehehee... pokok ketum ayam untuk makanan ayam ingatkan ketum rebus buat air tu. Ke boleh jugak rebus minum macam herba tu
BalasPadamKetum ayam ni bermanfaat untuk ternakan sebab kandungan proteinnya tinggi.
PadamAgaknya boleh juga cuba try buat goreng celup tepung.
Pertama kali dengar pokok ketum ayam..mahal jugak benihnya ya
BalasPadamMahal.
PadamYang dah hidup dalam polibeg tu RM20 satu.
kali pertama dgr, rupanya ayam pun ada daun ketum nya sendiri ek hehehee
BalasPadamTanam pokok ketum ayam ni tak menyalahi undang2.
PadamTak pernah dengar, ada tau ketum..berkhasiat ya ketum ayam untuk ternakan..cantik daun tu
BalasPadamDaunnya lebih kurang macam daun ketum yang penagih buat air ketum tu.
PadamPertama kali dengar pokok ketum ayam.. sejuk ya tangan Wak, hidup semua pokok..
BalasPadamTak sabar nak tanam banyak2 pokok ketum ayam ni.
PadamPertama kali dengar pasal pokok ketum ayam. Unik sangat nampak pokok ni
BalasPadamtak tahu kenapa Pak Tam namakan pokok ketum ayam.
PadamBoleh saja sebut pokok ketayam
Pertama kali dengar ni..
BalasPadamJenis tanaman baru ni PC
Padamxsangka ada makanan alternatif untuk ayam.. slalu kalau daun ketum boleh memabukkan..yang ni lain ye wak.. follow sini #318
BalasPadamTq singgah dan follow.
PadamDone follow kembali
wah terima kasih WP sudi berkongsi maklumat =)
BalasPadamBolehlah buat bissnes baru nanti
PadamJual bibit ketum ayam.
hebatt wak WP kabeh urip yo
BalasPadambaru dengar nama pokok ni.. lebih kurang mcm daun ketum yg org minum tu
BalasPadamMahal gak tu harganya. Ni kira ketum yang boleh ditanam ye. Bagus menjadi hasil tanaman wak tu. lepas ni boleh lah ternakan wak makan
BalasPadamMahal juga, tp kalau menjadi, memang bagus untuk bg ayam makan ...
BalasPadamalhamdulillah.. sejuk betul tangan wak.. menjadi semua semaian wak..
BalasPadamowhh boleh jugak ek buat pengganti dedak...
BalasPadamOoo sesuai utk ternakan ye
BalasPadamPertama kali tengok.
BalasPadamAssalamualaikum. Tuan ada jual anak benih pokok pisang nipah x? Kat entry sebelumnya,sy Tengok Tuan ada tanam pokok pisang nipah..
BalasPadamWkmsalam Farah
PadamMaaf takde jual.
benih pisang nipah besar dan tak sesuai di pos
Cuba cari di kawasan terdekat.
Assalamualikum Warisan Petani dan sahabat2
BalasPadamSaya browse dan jumpa Wak pnya blog ni.
Sayalah Pak Tam tu…
Terimakasih Wak kerana beli keratan ketum ayam ni walupun mahal.
Rata2 kata 1st time dengar nama ketum ayam
Saya suka baca komen2 kat sini..
Tapi saya mintak sedara2 consider…
Saya buat kajian, trial and error selama 7 tahun tauu…
Xcaya tengok video ni saya upload Feb 2013
https://www.youtube.com/watch?v=vmMKjdATtL8
Saya dah hampir give up!!
Kalau saya give-up….xde la ketum ayam ni di Msia
Sampai skg xde funding dari mana2, except RM2k semasa menang Anugerah JPV.…
Tu xmasuk belender wife sy yg jem sbb sy guna utk blend ketum ayam, periuk hangus utk rebus, semua saya sorok!!
macam2 sy buat,,boleh tengok kt fb https://www.facebook.com/madrede.agua.566
Pape pun….seronok bila tengok ramai gunakan sekarang.
Dan…
Saya sedang teruskan kajian utk Fasa ke 2
Yg ni masih dlm proses.gila2 sikit...
Keputusan boleh dpt by E/2020
Jadi sebahagian besar duit tuan2 bayar tu saya gunakan utk kajian ni.Macam buat PhD lak...
Kalau jadi….Insyaallah boleh beri dedak 20% dan ketum ayam 80%.
Support yerr!!
Pak Tam
B Eng Okayama Univ Japan
22-01-2020
http://www.wasap.my/+60133644559/KetumAyamPakTam
Harap2 usaha murni Pak Tam akan berhasil dan dapat memberi manfaat kepada industri ternakan di negara kita.
Padamtahniah Pak Tam.
hello nama saya kostya im russian tetapi tinggal di california dan saya menjual kratom untuk hidup saya mencari pembeli yang baik daun segar atau seluruh hidup kering dan buby walaupun bubuk saya sangat suka gambar dan tumbuhan anda jika anda intrwsted pls e mail saya: biz email- kostyavoloshin@yahoo.com
BalasPadamAssaalam wak.. Pm wak.. Saya dari. Bp. Nak. Lagi ngobrol2 ya..
BalasPadam0103068891
Saya amat berminat dgn prodk tumbuhan ini apakah ianya boleh ditanam secara besaran dan blhke dipasarkan apakah mudah utk dipasarkan tuan
BalasPadamBolehlah hubungi Pak Tam untuk keterangan lanjut tentang tanaman ini
PadamSlm. Wak dh besar tak lagi ketum tu.. Bpe Lama nk besaq
BalasPadamWkmsalam
PadamAda satu entri wak "Menanam Pokok Keum Ayam"
pada 23 Julai yang lepas.
Mcmna nk buat tempahan ?
BalasPadamBolehlah hubungi Pak Tam
BalasPadam013 3644559
tk
Terbaik punya info
BalasPadamMugo terus waras Wak tam
Assalamualaikum,ketum ayam ni untuk ternakan lembu sesuai tak?
BalasPadamWkmsalam
PadamSesuai juga untuk ternakan ruminan
Assalamualaikum Wak..mcmana nak kontek wak
BalasPadamnak beli bibit macem mana ,bagi info
BalasPadamkongsi nomber penjual dong
BalasPadamBoleh hubungi Pak Tam
BalasPadamHp no 013 3644559