Ahad, 17 November 2019

Ayam Kampung Asli

Salam bertani

Anak-anak ayam kampung yang wak tetaskan menggunakan incubator ( di sini) sudah berumur empat bulan dan sudah boleh dituai. Hanya ayam-ayam kampung jantan sahaja yang wak tuai manakala ayam kampung betina akan terus dibela untuk menghasilkan telur ayam kampung. Apabila berumur enam bulan ayam-ayam kampung betina ini akan mula bertelur.


Sebahagian daripada 50 ekor ayam kampung yang ditetaskan 
menggunakan incubator.


Sebahagian lagi di reban sebelah.


Sebahagiannya sudah boleh dituai



Ayam kampung jantan yang dah mula 'degil' dan kuat 'buli' diasingkan.
Menunggu giliran untuk dituai.


Pagi ini wak menuai dua ekor ayam kampung jantan untuk
menyambut kepulangan anak, menantu dan cucu dari Melaka.
Lebih 2 kg seekor selepas dibersihkan.


Hasil kutipan harian telur ayam daripada induk ayam kampung.
Salam bertani.

25 ulasan:

  1. Semuga dipermudahkan dalam usaha ini dan diluaskan lagi pintu rezeki wak..

    BalasPadam
  2. Bestnya... Makan ayam dan telur fresh dari ladang. Apa² pun pakcik mesti seronok kan... Anak² dan menantu balik. Semoga rezeki pakcik sentiasa diluaskan. Aamiin...

    BalasPadam
  3. Ayam kampong...saya tak gemar makan sebab selalu dapat yang dah liat..

    Telur ayam kampung...saya sula makan telurnya rebus setengah masak. Masa duduk dengan mak di kampung selalu mak rebuskan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin ayam tua... Atau tgk berat ayam kalau lebih 2kg mmng liat skit... Tapi bergantung ats tukang masak sbb ayam kampung mmng liat n perlu dirubus lama

      Padam
  4. semoga semakin maju dan berjaya hendaknya..amin
    wahh seronoknya anak menantu balik
    mesti meriah kan bila cucu2 balik hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hujung minggu bila anak cucu balik memang meriah.
      Ayam tu buat masak rendang.
      Anak bawa balik dua ekor yang dah siap proses.

      Padam
  5. Ayam kampung ni ada penggemarnya yang tersendiri kan Pakcik WP..dan harganya juga tinggi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. pakcik memang dah tak pernah beli ayam bandar
      Stok ayam kampung sentiasa ada.

      Padam
  6. Kalau kt pasar harganya mmg tinggi..terutama yg masih hidup..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kat sini ayam kampung hidup ni harganya RM18. sekg.
      tadi ada orang beli dua ekor hidup.
      Lima kg.

      Padam
  7. sedapnya telur setengah masak pecah atas roti titab, hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selalu juga sarapan telur ayam kampung setengah masak ni

      Padam
  8. sungguh beruntung ada ayam kampung..

    rasa ayam kampung pun sedap juga tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya bela ayam kampung secara kecil2an ni kurang menguntungkan sebab kos makanannya agak tinggi.
      lagi pun bela unruk makan sendiri aje.

      Padam
  9. saya suka telur ayam kampung.walaupun saiz kecil tapi sedap

    BalasPadam
  10. Bertambah anak ayam bertambah rezeki wak. Meriah reban ayam banyak ayam ni. ada orang memang suka makan ayam kampung.

    BalasPadam
  11. cepat juga pembesarannya yer.. 4 bulan dah boleh tuai...bagus bela dan makan sendiri.. tak ada la asyik makan ayam kena cucuk jer..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ayam kampung asli (aka)mmng ambil mase 4-6bulan untuk dijual tapi kalau ayam kampung kacuk(akk) biase 2-4bulan dh boleh dijual... Akk mmng cepat skit membesar... Tapi mcm mane pn, aka lagi sedap😂

      Padam
  12. owh, dituai tu maksudnya macam disembelih ya...nasib baik ada gambar yang bagitau...kalo tak, tertanya2 kita dituai macam mana..haha

    BalasPadam
  13. wah seronoknya banyak ayam kampung.
    masak sup ayam kampung ke tu wak?

    BalasPadam
  14. Kalau dah kata jantan tak kira ayam ke apa ke suka je membuli ye wak hihi....
    Agak agaknya tokey ayam makan tak telur separuh masak hari hari

    BalasPadam
  15. Sedapnya ayam kampung..kalau ada tanah kan best kan..boleh pelihara ayam..duduk taman tak bleh kot bela ayam kampung

    BalasPadam