Anak-anak ayam kampung yang wak tetaskan menggunakan incubator ( di sini) sudah berumur empat bulan dan sudah boleh dituai. Hanya ayam-ayam kampung jantan sahaja yang wak tuai manakala ayam kampung betina akan terus dibela untuk menghasilkan telur ayam kampung. Apabila berumur enam bulan ayam-ayam kampung betina ini akan mula bertelur.
Sebahagian daripada 50 ekor ayam kampung yang ditetaskan
menggunakan incubator.
Sebahagian lagi di reban sebelah.
Sebahagiannya sudah boleh dituai
Ayam kampung jantan yang dah mula 'degil' dan kuat 'buli' diasingkan.
Menunggu giliran untuk dituai.
Pagi ini wak menuai dua ekor ayam kampung jantan untuk
menyambut kepulangan anak, menantu dan cucu dari Melaka.
Lebih 2 kg seekor selepas dibersihkan.
Hasil kutipan harian telur ayam daripada induk ayam kampung.
Salam bertani.
Semuga dipermudahkan dalam usaha ini dan diluaskan lagi pintu rezeki wak..
BalasPadamAamiin
PadamBestnya... Makan ayam dan telur fresh dari ladang. Apa² pun pakcik mesti seronok kan... Anak² dan menantu balik. Semoga rezeki pakcik sentiasa diluaskan. Aamiin...
BalasPadamaamiin
PadamAyam kampong...saya tak gemar makan sebab selalu dapat yang dah liat..
BalasPadamTelur ayam kampung...saya sula makan telurnya rebus setengah masak. Masa duduk dengan mak di kampung selalu mak rebuskan..
Mungkin ayam tua... Atau tgk berat ayam kalau lebih 2kg mmng liat skit... Tapi bergantung ats tukang masak sbb ayam kampung mmng liat n perlu dirubus lama
Padamsemoga semakin maju dan berjaya hendaknya..amin
BalasPadamwahh seronoknya anak menantu balik
mesti meriah kan bila cucu2 balik hehe
Hujung minggu bila anak cucu balik memang meriah.
PadamAyam tu buat masak rendang.
Anak bawa balik dua ekor yang dah siap proses.
Ayam kampung ni ada penggemarnya yang tersendiri kan Pakcik WP..dan harganya juga tinggi.
BalasPadampakcik memang dah tak pernah beli ayam bandar
PadamStok ayam kampung sentiasa ada.
Kalau kt pasar harganya mmg tinggi..terutama yg masih hidup..
BalasPadamkat sini ayam kampung hidup ni harganya RM18. sekg.
Padamtadi ada orang beli dua ekor hidup.
Lima kg.
tet
BalasPadamsedapnya telur setengah masak pecah atas roti titab, hehehe
BalasPadamSelalu juga sarapan telur ayam kampung setengah masak ni
Padamsungguh beruntung ada ayam kampung..
BalasPadamrasa ayam kampung pun sedap juga tu
Sebenarnya bela ayam kampung secara kecil2an ni kurang menguntungkan sebab kos makanannya agak tinggi.
Padamlagi pun bela unruk makan sendiri aje.
saya suka telur ayam kampung.walaupun saiz kecil tapi sedap
BalasPadamBertambah anak ayam bertambah rezeki wak. Meriah reban ayam banyak ayam ni. ada orang memang suka makan ayam kampung.
BalasPadamcepat juga pembesarannya yer.. 4 bulan dah boleh tuai...bagus bela dan makan sendiri.. tak ada la asyik makan ayam kena cucuk jer..
BalasPadamAyam kampung asli (aka)mmng ambil mase 4-6bulan untuk dijual tapi kalau ayam kampung kacuk(akk) biase 2-4bulan dh boleh dijual... Akk mmng cepat skit membesar... Tapi mcm mane pn, aka lagi sedap😂
Padamowh, dituai tu maksudnya macam disembelih ya...nasib baik ada gambar yang bagitau...kalo tak, tertanya2 kita dituai macam mana..haha
BalasPadamwah seronoknya banyak ayam kampung.
BalasPadammasak sup ayam kampung ke tu wak?
Kalau dah kata jantan tak kira ayam ke apa ke suka je membuli ye wak hihi....
BalasPadamAgak agaknya tokey ayam makan tak telur separuh masak hari hari
Sedapnya ayam kampung..kalau ada tanah kan best kan..boleh pelihara ayam..duduk taman tak bleh kot bela ayam kampung
BalasPadam