Pada petang semalam wak menebang sebatang pokok rambai yang hidup berhampiran reban ayam. Pokok rambai ini sudah terlalu besar dan tinggi menyebabkan sukar untuk menuai hasilnya. Lagi pun wak mahu kawasan ini lebih lapang supaya reban ayam mendapat lebih pencahayaan sinar matahari pada waktu siang.
Sepohon pokok rambai yang baru ditebang.
Kelihatan banir pokok durian tembaga di belakang.
Ranting pokok rambai yang telah dicincang.
Batang balak pokok rambai.
Kayu rambai sangat keras dan tahan lama.
Sebahagian kayu rambai yang dibelah.
Wak cadang nak buat bangku kayu daripada kayu rambai tersebut.
(Perlu dibuang kulit dan dibuat kemasan)
Boleh buat alas pemotong daging/ayam/ikan.
Pokok rambai semasa hayatnya pada musim buah yang lepas
Salam bertani.
Cantik papan pemotong daging tu
BalasPadamwaktu kecik2 dulu biasa makan rambai kalau balik rumah atok nenek. now nak cari dah susah kot. lagipun ramai tak ramai yang suka makan rasa2 saya.
BalasPadamBesar jg pokok buah rambai ni kan Wak.. baru tgk.. kayu tu mmg sesuai nak buat2 kerusi utk santai..duduk2...
BalasPadamLamanya tak makan buah rambai..rasanya berpuluh tahun tak makan buah rambai..hasil kayunya boleh jadikan benda lain ye Pakcik WP..
BalasPadammasa kecik memang selalu la panjat pokok rambai ni.
BalasPadamkreatif betul wak ... alas pemotong daging tu mahal tu kalau dijual
BalasPadammesti cantik hasil kayu tu wak.
BalasPadamWahh cantik hasil dia last sekali. Buat bangku
BalasPadamkreatif, boleh buat sendiri bangku camtu...save RM, tau..hehe
BalasPadamCantikla papan potong ikan...
BalasPadamcantik kayu dia
BalasPadamKAYU YG TAHAN BUAT PERABOTPUN BOLEH TU
BalasPadamcantiknya kerusi tu!
BalasPadambila ditebang maka berakhirlah jasa pokok rambai ini kepada tuan tanah
BalasPadamKan..sebak lak rase nya..huhuu
PadamCantik kayu dia, dan makin cantik bila diubah menjadi tempat duduk.. anyway, TAHNIAH diucapkan kerana awak menjadi Top Commentator dalam jurnal saya..
BalasPadamhttps://www.shikinrazali.com/2019/10/top-commentator-bulan-oktober-2019.html
saya suka buah rambai ni. Lama tak makan. Semoga projek reban ayam berjalan lancar
BalasPadamkreatif pulak wak.. pokok rambai kalau yang tinggi sangat nak ambil buah pun payah.. tapi kalau ditebang tak tinggal baka langsung ni tak boleh jugak nanti cucu cicit tak kenal hii
BalasPadamcantik pula bila wak jadikan bangku dan papan pemotong tu..
BalasPadamKalau dekat, Saya minta satu papan kayu pemotong tu Wak..bestnya kalau tokek ayam dan ikan...
BalasPadamCantik bangku kayu tu
BalasPadamcantik kayunyaaa.. sayang pulak pokok
BalasPadamKat kampung SA masih ada lagi pokok rambai ni...SA suka makan jugak..cuma tak pandai makan dan telan..mesti buang bijinya..hahaha...
BalasPadamBila dah ditebang maka berakhirlah ia. Bestnya buah rambai
BalasPadam