Selasa, 1 Oktober 2019

Perosak Tanaman : Ulat Makan Daun

Salam bertani

Salah satu daripada serangga perosak tanaman yang biasa wak jumpa ialah ulat pemakan daun. Ulat ini adalah larva rama-rama yang memakan daun tanaman sepanjang hayatnya sebelum menjadi kepompong. Ia perlu dikawal dengan menggunakan semburan racun serangga atau membunuhnya secara manual.


Ulat pemakan daun anak benih durian


Ulat pemakan daun limau manis


Ulat pemakan daun  tenggek burung


Contoh racun serangga yang digunakan untuk mengawal
ulat pemakan daun dan serangga perosak lain

Salam bertani.

43 ulasan:

  1. Assalamualaikum wp.
    kalau dibiarkan tu alamat tak merasalah hasilnya, pic no 3 tu geleman pulak menengoknya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wkmsalam.
      Ulat pemakan dain ni memang musuh kepada petani

      Padam
  2. Ulat pengacau.. masa kecil dulu sllu tengok,siap buat main2 lagi.. hihi

    BalasPadam
  3. Ya Allah ulat bulu tu , meremang je bila tengok gambar close up macam tu .

    BalasPadam
  4. teringat masa kecik, arwah abah ada tanam pokok bunga cina (itu kot namanya..lupa pulak). Tanam atas tanah je.

    Pokok tu penuh dengan ulat yg warna hijau gemuk2...sudahnya arwah abah bakar aje pokok tu. Payah pulak nak kelebet satu2 daun

    BalasPadam
  5. Eiiii... geli huhuu...
    Ulat bulu tu yang kalau kena kat kulit boleh gatal-gatal miang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau yang berbulu tu memang gatal.
      Yang takde bulu okay aje bileh pegang2

      Padam
  6. Saya sgt takutkan ulat,hatta ulat buah nangka yg busuk tu pun..jgn main2kan saya,mau putus silaturrahim haha

    BalasPadam
  7. Ulat ulat ni sebenarnya rerama sebelum bertukar...tapi tu la...sebelum bertukar jadi rerama, banyak cabaran untuknya dan juga manusia...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulat ni akan makan daun sepanjang masa sebelum bertukar kepada kepompong

      Padam
  8. ya Allahhhh! meremang bulu roma kita wakkkk nengok segerombolan ulat kat tenggek burung tu!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh habis satu pokok daun tenggek burung disapunya.
      Gambar tu mereka tengah berteduh waktu tengah hari

      Padam
  9. SubhanaAllah. Ni kalau depan mata tengok mahu PC dah cabut lari... Meremang bulu roma.

    BalasPadam
  10. banyak cabarannya dalam berkebun ni ya WP

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selain ulat, banyak perosak lain seperti monyet, tupai, tikus, kumbang dan kepala hitam.

      Padam
  11. Meremang bulu tengok ulat tu... Pakcik apa khabar? Lama dah Fiza tak singgah sini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, sihat walafiat Fiza.
      Masih bekerja di kebun setiap hari.

      Padam
  12. geli, tp mmg penting la racun serangga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Racun serangga digunakan untuk mengawal serangan ulat dan serangga2 lain.
      yang ni racun sentuh, tak merbahaya pada tanaman

      Padam
  13. macam2 jenis ulat pemakan daun ya...kalau dibiarkan togel pokok

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selain ulat, banyak musuh lain yang merosakkan tanaman.

      Padam
  14. Masa kecik dulu selalu tengok ulat ni. Bila dah tua ni geli pulak nampak ulat tu. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagusnya ulat ni, walau pun ramai dia tak bergaduh.
      dia makan 24 jam

      Padam
  15. uii dua2 ulat kat atas tu ana tak suka beno WP geram je nengoknya kan :)

    BalasPadam
  16. comel plak ulat tu..tgok gambar nampak cantik..kalau tengok in real bergerak2 sure SA orang pertama lari

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulat gambar pertama tu cantik
      Kalau jadi rerama pasti cantik jugak

      Padam
  17. bila jumpa ulat pemakan daun mcm ni abe kie terus picit je sampai ia mati.

    BalasPadam
  18. ya allah geli nya tengok ulat2 tu. kerna ulat2 perosak ni, kebun tembikai bapa sorg kawan berekar-ekar musnah dalam masa semalam je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang pernah terjadi macam tu.
      Sebab tu penanam tembikai menggunakan racun serangga serap untuk mengawal ulat tu.

      Padam
  19. eh comelnya yang bertenggek ramai-ramai kat daun tenggek burung tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nampak mereka sihat walafiat sebab daun tenggek burung banyak khasiatnya

      Padam
  20. Tapi kenapalah ulat tu cantik sangat kann Wak..cuma gerammm laaa habis semua di makan daunnyaaa..eee tapi Saya geli Wak, mau lari 1000 langkah kalau nampak hahahahaha

    BalasPadam