Sejak dua minggu lepas Wak dengan seorang pembantu menyiapkan reban ayam tambahan di belakang rumah. Tambahan dua bilik dan satu sangkar didik untuk anak-anak ayam. Alhamdulillah kerja-kerja pembinaan reban ayam ini sudah siap dan anak-anak ayam sudah berpindah ke bilik baru yang lebih selesa.
Bahagian sisi reban
Ruang hadapan reban untuk ayam-ayam dewasa yang sudah bertelur
Bahagian belakang reban ayam
Rumah didik untuk anak ayam kampung.
Menempatkan 55 ekor anak ayam kampung yang ditetaskan
menggunakan incubator.
Rumah didik berlantai tinggi dan tahi ayam jatuh ke bawah.
Anak-anak ayam kampung berumur 3 bulan berpindah
ke bilik baru yang lebih luas dan selesa.
Semasa berada di penempatan lama.
Penghulu reban.
Salam bertani.
Assalamualaikum wp.
BalasPadamwah, lawa dan selesa sangat reban tu. moga ayam-ayam wp membiak dengan sebaiknya
Wkmsalam Ustaz.
PadamWak memang minat bela ayam kampung sejak kecil lagi
Jarang2 sangat beli ayam bandar kecuali makan kat luar.
Alhamdulillah..bertambah selesa ternakkan.
BalasPadammereka juga perlu hidup selesa untuk cepat membesar dan kurang stress
PadamBesar dan cantik reban Wak
BalasPadamBuat sekali boleh pakai berpuluh2 tahun
PadamWAH MAKIN SELESA AYAM BERUMAH BARU
BalasPadamSebab bilangannya dah bertambah, kenalah tambah reban.
Padamcantik dan kemas rebannya
BalasPadamMain buat asal jadi aje Tar
Padamayam kalau tak ddk di reban mudah di makan musang kn wak... klu kt kampung ayam2 yg jenis tua2 or jantan ni degil, petang2 kene hambat msk reban... klu tak dok tido lah atas pokok ke atas atap reban
BalasPadamkat sini musang takde Dana.
PadamSelalunya biawak yang suka kacau telur r anak ayam.
Wah! cantik dan luas dah naik taraf jadi banglow hiks!
BalasPadamAnak2 ayan ni wak kurung sepanjang masa, sebabtu perlu kawasan yang luas sikit.
Padamkalau yang dah dewasa tu baru hidup lepas bebas.
Seronoknya ada ayam kampung bela sendiri..asal teringin nak makan ayam kampung boleh je terus sembelih..kat pasaran harga ayam kampung mahal skit..
BalasPadamkadang2 jemu jug makan ayam kampung ni.
PadamSesekali cari juga ayam kat KFC r McD
Uish.. ada penghulu reban... 😅😅 Garang nampak gayanya penghulu itu.. 😂😂..
BalasPadamPenghulu reban ni kena bela seekor aje.
BalasPadamkalau lebih bergaduhlah walaupun ayam betina berpuluh2 ekor.
Sebab tu ada peribahasa 'bapak ayam'
wak, nak buat lawatan sambil belajar tak bole ke?
BalasPadamWak.duk mna. Boleh sy dptkn no telefon. Ni no hp sy 0176218754
BalasPadam