Pagi tadi Wak membaja pokok buah-buahan yang sedang berbuah di dusun. Wak gunakan baja sebatian NPK 13:13:21 Yara Mila. Pokok buah-buahan yang sedang berbuah perlu diberikan baja tambahan untuk mempastikan buah-buah yang dihasilkan cukup nutrisi untuk membesar dan hasil yang berkualiti.
Baja sebatian NPK 13:13 :21
Mengandungi 13% Nitrogen
13 % Phosphate
21% Potassium/Kalium
1 beg 50 kg.
Guna 2 beg.
Baja berbutir berwarn merah
Ditabur di perdu pokok buah-buahan yang sedang berbuah.
Putik durian kim hong
Putik pulasan
Putik rambutan jarum emas
Putik cempedak
Putik rambai
Putik manggis
Putik duku terengganu
Putik duku JDT
Putik nangka
Putik buah kuini.
Salam bertani.
Banyak2 buah di atas .. sy x pernah makan buah Duku T-T ...
BalasPadamkebanyakan buah-buahan tempatan bermusim sedang berbuah sekarang.
PadamSeronoknya tgk hasil tanaman.. selama ini saya cuba follow blog warisan petani.. tp x pernah pula keluar petak follower
BalasPadamterima kasih.
PadamHarap2 dah takde masalah.
Bestnya wak ada kebun sebanyak tu. Bermacam-macam buah-buahan ada 😊
BalasPadamkalau boleh wak nak tanam semua jenis buah2an.
PadamTapi dah takde kawasan lagi.
Bertahun tak tengok dan makan buah rambai tu...
BalasPadamPokok rambai ni ramai pekebun yang dah tebang sebab buahnya tak berapa laku.
PadamYang ni rambai telur, buahnya besar2 dan manis.
Mesti wangi bau kuini tu. Sedap buat sambal belacan.
BalasPadamBuah kuini yang akan mula2 masak.
Padamlepastu baru durian.
Seronoknya tengok buah-buah yang sedang membesar itu. Dulu kecik-kecik suka berkebun sebab kena tolong mak. pedih tangan-tangan sebab tabur baja dekat tanaman. Hahah orang lain pakai sarung tangan.
BalasPadamWak tanam ni asalnya sebab minat.
PadamLepas habis SPM dah mula berkebun dan menternak.
geram nengok segala buah2 kt kebun wak, semoga semuanya selamat membesar n masak elok ye...
BalasPadamHarap2 begitulah Dana.
PadamSusahnya kat sini ramai monyet
berbudi kepada tanah
BalasPadampasti ada rezeki untuk kita dan orang2 sekeliling kita.
Padamuishhh buah kuini.. sedapnyaa
BalasPadamBuah kuini dah ada yang mula gugur sekarang.
PadamDah ada orang jual di pasar2 minggu/tani.
Assalamualaikum wp
BalasPadammoga beroleh hasil yang baik dan lumayan.. duku jdt pun ada hehe..
Duku jdt tu orang pangil duku Johor yang kulitnya tebal tu.
PadamSekarang dah tak banyak orang tanam sebab pokok2 duku jdt ditebang gantikan dengan kelapa sawit/mataq
Alhamdulillah, banyaknya buah. Untungnya rasa bila berbudi pada tanah
BalasPadambertani ni cabarannya pun banyak.
PadamTak semua hasil membuahkan rezeki untuk pengusahanya.
Risikonya tinggi.
Semuanya sedang berputik, terbayang hasilnya kalau masak serentak atau satu persatu. Mmg sarapan buah la hari2
BalasPadamlepas raya nanti mulalah musim buah2an.
PadamBiasanya orang kejar buah durian aje.
mcm2 ada kat kebun Wak. Boleh jual buah2 tu n dpt duit poket..
BalasPadamDulu2 memang wak berniaga buah di pasar tani kalau tiba musimnya.
PadamSekarang lebih kepada suka2 aje.
Semuanya menjadi. Suka tengok.
BalasPadamCuma putik durian yang banyak gugur sebab musim hujan dan panas yang tak menentu.
PadamSeronoknya tengok pokok buah-buah nie menjadi..
BalasPadamHarap2 menjadilah.
PadamSetiap hari wak pegi kebun tenguk buah2 ni membesar.
menjadi sungguh hasil buahnya wak... tunggu masa tu...
BalasPadamlepas raya nanti musimlah.
PadamCuma risaukan gangguan monyet
nasiblah saya duduk Melaka,kalau dekat memang saya nak sangat pergi kebun WP,sebab saya peniaga jual sayuran kampung dan sebagainya..boleh WP jadi pembekal saya
BalasPadamKerja2 bertani ni dah jadi darah daging.
BalasPadamWP kadang2 berniaga juga hasil2 kampung ni di pasar tani/paskam
Wow...bnyknya buahan..syoknya bla de tanah sendiri..seronok bla buahan menjadi..tngl nk tnggu masa je nk petik buah tue..
BalasPadamKebanyakan pokok buah2an bermusim sedang berbuah sekarang.
PadamLepas raya nanti musimlah.
Assalamualaikum..nk tnye.. Sy ad tanam pokok buah, cth mangga, delima, rambutan limau perut, belimbing buloh,. Sesuai x klu sy pakai baja yara npk 13:11:21
PadamWkmsalam
PadamBaja Yara Mila 13:13:21 sesuai bagi pokok dewasa untuk menggalakkan pengeluaran bunga dan buah.
Kalau anak pokok gunakan baja Yara Mila 16:16:16 atau pun baja Yara Liva untuk pertumbuhan pokok
Sekarang musim buah sedang berputik kan WP
BalasPadamKat kampung Mrs. A sekarang ni buah rambutan sedang berputik, durian dan cempedak tak perasan pulak ada putik ke tidak sebab tak sampai ke belakang malas nyamuk banyak.
Durian ni banyak bedgenya.
PadamSekarang dah ada yang mula gugur.
Ada yang masih putik lagi.
Pergh!! Meriahnya buah..
BalasPadamSeronok nengok buah2 menjadi. Tetiba teringin pulasan la pulak huhu
BalasPadammeriah kalau menjadi
PadamBanyaknya buah2 sedang berbuah....best kalau dapat rasa ada dusun macam ni kan..
BalasPadamTapi penjagaannya rumit SA
PadamBanyak musuh sebelum hasilnya menjadi rezeki.
KATA ORANG POKOK YG SEDANG BERBUAH TAK BOLEH DIBAJA
BalasPadamitu konsep lama PI.
PadamKalau nakkan hasil yang banyak dan berkualiti kena bagi baja. Cuma masa pembajaannya kena sesuai.
aduhh..lepas raya ada yang da bole makan da tuuu
BalasPadamRambai tu menarik perhatian saya.. teringat kenangan tinggal di kampung bersama arwah Wan dan Atuk saya.
BalasPadamOo inilah rahsia pokok wk semua gumuk2 ye
BalasPadamwak..sy nak tanya sikit klu untuk anak pokok durian yg masih kecil baru tanam baja Yarmila yg mana paling sesuai.
BalasPadamBoleh guna yang 16:16:16
Padamtapi jangan guna banyak dan jangan kena pangkal pokok.
Anak durian yang baru ditanam lebih sesuai gunakan baja organik.
Salam wak..baja ni boh masa pokok dh berbuah takkan rosakkan buah ka..tak panas ka baja ni wak..bkn apa..saya ada boh baja ni tapi sulam dgn baja kopi 8:8:8 tu..tgk ada buah yg merekah pecah, sbb baja kopi kot..baja 13:13:21 ni sy boh nmpk elok pokok naik pucuk trs berbunga & berbuah..
BalasPadamSeelok2nya tabur baja sebelum pokok berbunga untu menggalakkan pembentukan bunga.
PadamSemasa pembentukan putik buah boleh juga taburkan baja sekali lagi untuk kemenjadian buah.
Selepas itu tak perlu baja lagi sehingga buah matang.
Salam wak..ketika durian sudah berbunga, baja apakah yg wak guna?
BalasPadamAdakah baja yaramila 13:13:21 atau baja kimia tunggal potassium 60% atau wak guna kedua duanya sekali?
Wak guna kedua2nya
BalasPadamTunggu buah dah berputik baru baja.
Seelok2nya sebelum berbunga
Wak ada guna baja garam?
BalasPadamPernah juga sekali sekala
BalasPadamberapa kg tabur setiap pokok durian..sebelum berbunga ada tabur tak?
BalasPadamSeelok2nya tabur sebelum pokok berbunga.
PadamKuantitinya bergantung kepada saiz pokok.
Kalau pokok durian umur lebih 20 tahun lebih kurang 2kg.
Selepas berputik ada baja lain yang digunakan.
Assalam tuan, tabur diperdu pokok Tu brp kg/pokok ye..., Terima kasih
BalasPadamWkmsalam
PadamBergantung kepada saiz pokok
Pokok dewasa lebih kurang 2 kg
Salam... baja yaramillla 13 13 21 sesuai x nak guna untuk tanaman padi
BalasPadamWak tak pernah tanam padi.
PadamMungkin boleh ditabur sebelum pokok padi berbunga.
kena tanya pada yang lebih arif.
Kalo nak buah manis gunakan baja jenis apa Wak?
BalasPadamCuba cari baja SOP (Sulphate of Potash)
PadamTaburkan pada pokok yang sedang berputik
slm wak utk pokok duiran bawah 3 thn dari mula tanam wak buat pembajaan dan kawalan serangga mcmana minta tunjuk ajar sikit
BalasPadamPokok durian yang baru tanam sehingga 2 tahun wak guna baja organik 888 dan 555 setiap bulan.
BalasPadamSemburkan juga baja folier + racun kulat + racun serangga 2 kali sebulan.
Selepas 2 tahun barulah gunakan baja sebatian 15:15:15 berselang seli dengan baja organik
Selamat pagi wak. Pokok kuini yang sudah berbuah, baja apa yang sesuai.
BalasPadamBalas
Boleh guna baja yang kat atas tu.
PadamAtau apa2 baja yang kandungan K2O nya lebih tinggi
Berapa harga discount baja 13 13 21....1 bag(50kg) ?
BalasPadamSekarang harga Yara Mila tu lebih kurang RM150
PadamBoleh dpt harga baja terbaik...nk berniaga ni..
BalasPadamWak beli kat kedai baja aje mengikut harga pasaran
PadamBaja apa yang sesuai diguna selepas semua buah durian dh luruh?
BalasPadamBoleh guna baja sebatian 16:16:16
PadamKalau pokok subur, terus guna baja 12 :12 : 17
Wak whatshapp Saya nak beli baja tu dimana yew.01158606240
BalasPadam