Selasa, 13 Mac 2018

Pokok Ara Tanah

Salam bertani

Pokok ara tanah juga dikenali sebagai pokok susu nabi merupakan tumbuhan renek yang sering terdapat di kawasan kebun, dusun atau padang ragut. Pokok  yang mengandungi getah putih ini dianggap sebagai rumpai dan sering dihapuskan walau pun sebenarnya ia adalah tubuhan herba yang mengandungi pelbagai khasiat perubatan.

Pokok ara tanah  dikatakan sesuai untuk mengatasi masalah penyakit gouth dengan cara merebus pokok beserta akarnya (daunnya dibuang) dan diminum setiap pagi. Ia juga dapakan meredakan lenguh-lenguh badan, sakit sendi dan urat pada badan.

Selain itu, ia juga mujarab dijadikan penawar pelbagai penyakit kulit, penyakit astma/lelah, masalah paru-paru, batuk dan sakit kerongkong. Ia juga digunakan untuk merawat penyakit buasir, mengecutkan bengkak serta untuk melancarkan kencing dan radang ginjal.

Pengambilan pada kadar yang sesuai amat penting dan perlu nasihat dari pakar herba. Getah putihnya dikatakan beracun dan boleh mengakibatkan cirir-birit jika diambil berlebihan.






Salam bertani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan