Selasa, 6 Jun 2017

Cendawan Kukur.

Salam bertani

WP ada menebang beberapa pokok getah untuk ditanam dengan benih durian musang king. Beberapa batang kayu getah dibiarkan kering untuk dijadikan tempat pertumbuhan cendawan kukur. Cendawan kukur atau dikenali juga sebagai kulat sisir mudah tumbuh di kulit batang kayu getah mati terutama apabila musim hujan.

Cendawan kukur segar sangat enak dijadikan masakan terutama sekali dimasak lemak cili api, masak lemak putih,dimasak goreng dengan telur atau dibuat sambal kicap. Cendawan kukur boleh disimpan lama dengan menjemurnya sehingga kering. Cendawan kukur kering perlu direndam dahulu sehingga lembut sebelum dimasak.


Cendawan kukur yang tumbuh di kulit batang getah mati.
Berwarna putih dan sudah sesuai dituai.


Peringkat awal pertumbuhan cendawan kukur di batang getah mati.


Galak tumbuh pada musim hujan.


Akarnya melekat pada rekahan kayu getah mati.


Peringkat awal pertumbuhan.


Pertumbuhannya semakin banyak sekiranya musim hujan berterusan.


Sudah boleh dituai.


Perlu dituai segera.
Akan rosak sekiranya dibiarkan (akan diserang serangga perosak)


Seperdu cendawan kukur


Sudah jarang-jarang ditemui


Boleh dijemur selepas dituai.
Cendawan kukur kering tahan disimpan lama.

Selain enak dijadikan masakan, cendawan kukur juga mempunyai nilai herba yang hebat. Ia bersifat anti tumor, anti kanser, anti bakteria, anti radang dan anti parasit. Pemakanannya dapat meningkatkan sistem imun badan dan kesihatan hati.


Salam 11 Ramadhan. Menu cendawan kukur masak lemak cili api iftar nanti.
Salam bertani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan