Dalam masa seminggu yang lepas ini, WP telah menjalankan satu projek membina reban ayam yang lebih besar di belakang rumah. Walau pun sudah ada beberapa reban ayam sekarang ini, WP bercadang membina sebuah lagi reban untuk menempatkan ayam-ayam betina. Ayam-ayam betina ini diternak untuk menghasilkan telur ayam kampung untuk kegunaan sendiri dan sekiranya banyak boleh dijual di pasar tani.
Menyediakan tapak, menanam tiang dan kerangka bumbung.
Kerangka binaan
Meratakan tapak dan memasang bumbung.
Mengikat batu blok di sekeliling binaan. Bumbung
telah siap dipasang menggunakan zink kilang.
Bahagian dalam binaan (tapak)
Mengikat bata dan memasang bumbung telah siap
Dinding menggunakan dawai BRC 2012
Pandangan bahagian belakang reban ayam.
Pandangan bahagian hadapan reban ayam.
Pembinaan reban ayam telah siap sepenuhnya.
Bunglow 2 pintu 2 bilik.
Si Putih dan adik beradiknya merasmikan kediaman baru.
Adik beradik lain di bilik sebelah.
Salam bertani.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan