Sabtu, 7 Mei 2016

Ternakan Lembu 7

Salam penternak.

Sempena cuti hari pekerja pada minggu lepas, WP telah menjual seekor anak lembu kepada pekerja-pekerja Bangla. Pekerja-pekerja Bangla tersebut bekerja di sebuah kilang di pekan berhampiran. Sudah menjadi tradisi mereka, apabila ada cuti panjang seperti cuti Tahun Baru Cina, cuti hari pekerja, cuti Hari Raya Puasa dll mereka akan berpakat membeli seekor lembu untuk dimakan beramai-ramai. Pekerja-pekerja Bangla biasanya tidak memakan daging lembu sejuk beku dan mereka akan membeli daging segar lembu tempatan. Setiap mereka membayar RM100.00 untuk seekor lembu tersebut.


Seekor lembu yang dibeli.
Persiapan untuk menumbangkan dan menyembelih lembu tersebut.


Setelah disembelih, kerja-kerja melapah dijalankan.


Daging lembu yang telah siap dilapah.


Daging lembu dihantar ke tempat kediaman mereka.


Gambar lembu beberapa hari sebelum dikorbankan.
Seekor anak lembu jantan berumur 2 tahun 5 bulan.

Pekerja-pekerja Bangla tersebut membeli lembu ini dengan cara berkongsi seramai 42 orang.  Manakala upah melapahnya adalah RM200.00.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan