Rabu, 16 September 2026

Kau Tahu Aku Siapa?

 Salam bertani

Sapi peliharaan wak si Rara cantik tu melahirkan anak pertama baru-baru ini. Mulanya wak bercadang nak namakan anak Rara tu sebagai Sulong sempena nama gajah Chalil yang tengah viral tu. Itu pun kalau anak  yang Rara lahirkan tu jantan. Rupanya Rara melahirkan anak betina, jadi terpaksalah cari nama lain yang sesuai.



Rara bersama anak sulungnya yang baharu lahir.


Anak Rara ni betina.


Wak namakan Liza ajelah.
Salam bertani

29 ulasan:

  1. senyum2 kita wak dgn nama liza cam tu.

    BalasPadam
  2. Baca tajuk terus terbayangkan scene viral tu wak. Comel dak Liza ni. Bertambah lagi lembu belaan wak. Alhamdulillah...

    BalasPadam
  3. Hi Liza! Lawa dia, macam maknya juga hehe

    BalasPadam
  4. Ingatkan Wak bagi nama 'Kau Tahu Aku Siapa?'. Terfikir, panjangnya nama, Rara rupanya.

    BalasPadam
  5. hahaha comel la Liza dan Rara...class namanyaa...

    BalasPadam
  6. Sedap jugak tu wak namanya.... Patut emaknya Rara anaknya Riri la wak hehehehehe

    BalasPadam
  7. Amboi namanya Liza lagi....Teringat lembu kat UPM, bila lahir...lecturer namakan dia Jastina. Kemain lagi namanya pun. Pastu panggil pendek....Tina....Tina.....

    BalasPadam
  8. wak buat kenduri sambut cucu baru jgn lupa jemput kami tau hahahahhaa

    BalasPadam
  9. nama yg mudah disebut dan diingati..

    BalasPadam
  10. Comelnya nama Liza. Skrg lembu dan kambing pun dah serupa nama orang πŸ˜…

    BalasPadam
  11. comelnya liza anak rara alhamdulillah rezki wp

    BalasPadam
  12. sapa liza tu WP.. hahahaha.. mcm retis..

    BalasPadam
  13. Semoga Liza membesar dengan sihat.
    Teringat lagu lama zaman kecik dulu, Lizawati.

    BalasPadam
  14. Wow, nama yang moden dan yang pasti Liza sangat comel...

    BalasPadam
  15. Alhamdulillah, tahniah Rara dapat anak pertama πŸ₯° Kalau betina, mesti kena cari nama yang manis-manis kan, Liza sesuai! Seronok juga nanti tengok anak lembu ni membesar di kebun.

    BalasPadam
  16. Tahniah Rara dapat baby sulung. Sedap nama Liza. Comel pulak tu.

    BalasPadam
  17. Alhamdulillah bertambah rezekinya. Comel la awak ni Liza.

    BalasPadam
  18. Rumah kita tak boleh bela sapi sebab tak cukup tanah tapi kita dah mula berkebun ala2 hidroponik dan dlm pasu .

    Oklah Wak, daptlah juga hasilnya untuk family

    BalasPadam
  19. Cantiknya Liza 😍😍😍😍. Tumbuh sehat dan besar yaaaaa. Nanti melahirkan anak2 sapi yang sehat juga

    BalasPadam
  20. nama semua kemain comel ea.. nanti ada beranak lagi, kasi nama kita pulak tau Wak hahahahahaha

    BalasPadam