Rabu, 28 April 2021

Padang Ragut Menghijau

 Salam bertani.

Alhamdulillah sepanjang bulan April ini kerap kali hujan turun selepas kemarau panjang daripada bulan Januari hingga Mac. Rumput di padang ragut tepi sungai tempat wak menggembala lembu sudah mula menghijau. Lembu-lembu ternakan wak sudah mula berisi setelah lama berdiet sepanjang kemarau. Jom layan


Saujana mata memandang.
Kelihata beberapa ekor lembu di seberang sungai.


Trek laluan motor wak setiap petang.
Tak larat nak menghayun kaki.



Padang ragut di kiri kanan sungai.
Wak terpaksa meredah sungai ini setiap hari untuk ke seberang.


Tunggangan wak dah ada cermin pandang belakang.


Rumput ragut subur menghijau


Wak lantik si Tamdi ni jadi penghulu padang ragut.


Joe Biden dan Rina dah berumur 3 bulan.
Sudah mula belajar meragut.


Budak bertuah ni tak duduk di padang ragut.
Rilek kat kusyen atas buaian.
Huntunglah ko jadi kucing.


Salam bertani.





Isnin, 26 April 2021

Jumaat, 23 April 2021

Bunga Terakhir

 Salam bertani

Kebanyakan pokok buah-buahan bermusim seperti durian, manggis, pulasan, rambutan, kuini, bacang dan cempedak sudah pun berputik. Tetapi ada juga pokok buah-buahan yang baru mula mengeluarkan bunganya. Musim buah-buahan ini juga biasanya agak lewat berbanding   buah-buahan yang disebutakan di atas. Wak nak tunjukkan pokok buah-buahan yang baru berbunga di dusun WP.


Bunga rambai telur


Bunga duku terengganu


Bunga duku johor


Bunga duku siam


Yang ni bukan bunga terakhir.
Bunga busuk masam kat bilik wak.


Salam bertani.


Sabtu, 17 April 2021

Bunga Anggerik Kampungan

 Salam bertani

Hari ini wak sempat menjepret beberapa gambar bunga orkid yang sedang mekar di hujung halaman untuk dimuatkan dalan entri kali ini. Jom layan.
















Salam bertani.

Rabu, 14 April 2021

Putik Buah

 Salam bertani

Hari ini cuaca agak panas pada sebelah pagi. Jadi wak buat kerja-kerja yang ringan sahaja di dusun untuk mengelakkan rasa dahaga semasa berpuasa ini. Sambil tu, wak sempat menjepret gambar-gambar  buah-buahan yang sedang meriah  berputik. Sebahagian putik buah akan membesar dan sebahagiannya akag gugur terutama putik durian.


Putik buah durian tembaga


Putik durian kampung


Putik buah durian kim hong


Putik buah puasan


Putik buah pulasan


Pokok manggis sedang berbunga


Putik buah manggis


Putik rambutan jarum emas


Putik buah rambutan anak sekolah


Pokok mesta sedang berbunga


Putik buah mesta


Putik buah cempedak CH28


Putik buah nangka madu j33


Yang ni bukan putik buah
tapi budak bertuah yang dah takde buah.


Salam bertani.

Isnin, 12 April 2021

MB 161 : Bulan Arwah

 Salam bertani.

Sepanjang bulan Syaaban ini, hampir setiap malam kariah kampung wak buat majlis tahlil (ruwahan) di masjid dan surau. Majlis tahlil diadakan selepas solat maghrib dan berakhir sebelum solat isyak. Malam tadi merupakan majlis tahlil terakhir sebelum kita menyambut Ramadan dan bertarawih mulai malam ini. Wak bawa balik dua bontrot daripada majlis ruwahan tersebut.


Nasi ambeng
(menu utama)


nasi lemak
(menu tambahan)

Salam bertani.