Sabtu, 31 Oktober 2020

Ikan Kitang

 Salam bertani

Beberapa hari yang lepas, BIL wak yang kaki pancing tu datang ke rumah bawa ikan kitang untuk adiknya (pn is3 waklah). Punyalah banyak lebih daripada 10 kg agaknya. Pn is3 wak memang peminat ikan kitang walau pun dah tak duduk tepi laut. Kalau turun JB atau PG mesti cari ikan kitang ni. Minggu ini menu ikan kitang ajelah nampaknya.


Sampai2 aje terus siang 3 ekor yang besar2.
Semuanya bertelur.


Bungkus dengan daun pisang.


Siap bakar pakai kuali ajaib.


Separuh dah hilang dulu kena ratah panas2.


Goreng garing2 sampai rangup memang layan.


Masak lemak berlado pun win juga.


Yang ni simpan dulu.

Salam bertani.

Khamis, 29 Oktober 2020

Salam Maulidur Rasul 1442H

 Salam Bertani

Salam Maulidur Rasul 1442 H
"Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada 
hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat 
kepadaku"
Al-Nasai & Ibnu Hibban.


Sempena  Maulidur Rasul pada hari ni wak beli buku ini
untuk mengenali lebih dekat keperibadian dan cara hidup Rasulullah.


Bahagian kulit belakang buku ini


Kelebihan buku ini.
Semoga dapat menambahkan lagi rasa cinta kita terhadap Rasulullah.

Salam bertani.

Rabu, 28 Oktober 2020

WW 194 : Kentotto

 Salam bertani


Kent


Otto






Salam bertani.


Ahad, 25 Oktober 2020

Membiakkan Pokok Ketum Ayam.

 Salam bertani.

Alhamdulillah, beberapa pokok ketum ayam yang wak tanam di dusun sudah membesar dan boleh menghasilkan anak benih. Beberapa minggu yang lepas wak membiakkan lebih kurang dua puluh pokok dan hari ini wak menanam lapan belas pokok lagi. Anak benih yang terhasil wak terus tanam di tapak penanaman tanpa menyemainya terlebih dahulu kerana wak menggunakan keratan batang berakar. Dahan pokok ketum ayam yang berada di bahagian bawah pokok akan mengeluarkan akar udara sebelum menjalar ke dalam tanah dan sesuai dijadikan bahan penanaman baru.


Pokok ketum ayam yang wak tanam pada bulan April yang lepas
daripada benih keratan batang yang wak semai dalam polibeg
 sebelum dipindahkan ke tanah.


Dahan pokok ketum ayam mengeluarkan akar udara
dan membentuk pokok baru di sebelah pokok induknya.


Dahan pokok yang berakar sesuai dijadikan bahan penanaman.


Bahan penanaman yang akan terus wak tanam di tapak 
penanaman tanpa disemai dalam polibeg.


Anak pokok yang baru ditanam seminggu yang lalu.
Sudah mula mengeluarkan tunas baru.
Perlu disiram setiap hari sekiranya tidak hujan.


Anak benih tanaman berumur seminggu sudah
mula mengeluarkan pucuk baru.
Wak tanam di tepi pagar dusun.


Bahan penanaman yang baru wak tanam pada pagi ini.


Bahan penanaman baru perlu dibuang daunnya untuk
mengelakkan layu dan mati kerana sejatan.
Daunnya wak gunakan untuk dijadikan makanan ayam kampung.


Pokok ketum dewasa yang sudah boleh dituai dan
boleh menghasilkan anak benih penanaman.

Salam bertani.

Memotong Rumput di Dusun

 Salam bertani.


Sudah semingguan wak WFH memotong rumput di dusun. Seingat wak, kali terakhir wak memotong rumput ialah sebelum buah durian gugur beberapa bulan yang lalu. Rumput di dusun perlu dibersihkan kerana wak bercadang untuk menabur baja kepada pokok buah-buahan dewasa sebelum ianya berbunga pada awal tahun depan. Alhamdulillah, dah macam padang golf dusun wak.


Setelah selesai kerja-kerja memotong rumput di dusun.


Keadaan rumpai sebelum dipotong.
Rumpai dah meninggi menyukarkan wak meronda kawasan.
Rumpai cepat menniggi kerana  dusun wak telah diberikan baja sebaik sahaja 
habis musim buah beberapa bulan yang lalu.




Setelah sesesai kerja-kerja memotong rumput.
Rasa senang hati melihatnya.
Wak buat kerja memotong rumput di dusun ini sendirian.
Hampir seminggu baru siap.
selepas ini bolehlah menabur baja pula.







Salam bertani.

Jumaat, 23 Oktober 2020

JDT 05

 Salam bertani



Minggu ini wak beli 5 beg baja dan satu tong racun rumpai.
Macam ni pun dah jejak RM700.00


Minuman cekok detox.
Dalam sebulan adalah sekali wak minum.
Buat sendiri daripada lempuyang, kunyit dan kencur.
Pahitnya ya amat.
Kena tambah madu dua sudu baru boleh minum.


Sebahagian lembu2 wak di tepi sungai.
Ibu Zura dan anak2nya.
Yang belakang sekali tu si Kobit.



Pokok kuini depan rumah ni dah dua kali berbunga
walau pun baru berumur setahun jagung.
Harap2 adalah buahnya yang jadi nanti.


Yang ni minum setiap hari pun takpe.
Air kelapa muda.
Siap satu jag simpan dalam esbok.
Sekejap aje habis.


Sebaris pokok ketum ayam yang wak tanam di dusun.
Nampaknya dah boleh tuai kasi ayam makan.


Menu hari ini.
Sayur rebung buluh madu masak goreng berlado.
Sepinggan tu wak sekali hadap aje.


Buah pisang lemak manis tepi pagar rumah.
Tunggu masa nak dituai.


Limau bali sunkist ni dah ada yang masak.
Besok anak cucu wak balik bolehlah tuai.


Pokok jambu bol pun dah berbunga juga.


Anak2 ayam kampung ni baru berpindah ke reban lantai tinggi.
Tunggu umur dua bulan baru pindahkan ke reban lantai tanah
dan boleh lepas bebas.

Salam bertani.

Khamis, 22 Oktober 2020

Menuai Duku

 Salam bertani.

Kebanyakan pokok duku Johor yang ada di dusun wak telah wak tebang dan digantikan dengan anak pokok durian klon. Wak tinggalkan dua tiga pokok sahaja buat ada-ada untuk kegunaan sendiri. Lagi pun tanaman duku Johor  kurang komersial sekarang kerana banyak masalah seperti  penyakit kulapuk kulit dan buah yang mudah pecah kalau cuaca tak menentu.

Musim buah kali ini, wak dapat menuai sedikit buah duku Johor untuk santapan kami sekeluarga.


Tuaian buah duku Johor


Buah duku Johor yang matang di pokok


Setangkai buah duku Johor


Sebiji buah duku sudah pecah


Buah duku Johor yang masih muda


Pokok duku Johor


Buah duku Terengganu mula kuning mencelah

Salam bertani.