Rabu, 30 September 2020

Selasa, 29 September 2020

Pokok Lada Centil

 Salam bertani.

Menantu wak ada buat projek tanaman lada fertigasi  di Melaka. Jadi wak ada minta dua polibeg anak pokok lada centil untuk wak pelihara secara manual di rumah. Rupanya lada centil ni lebih mudah ditanam berbanding lada cili kampung dan buahnya pun banyak dan lebat. Buah lada centil ini lebih resisten terhadap serangan serangga perosak dan tahan hingga merah menyala walau pun wak tak gunakan racun serangga perosak.


Pokok lada centil dengan buahnya yang merah menyala.


Dua polibeg anak pokok lada centil.
Medium menggunakan coco peat.


Pokok lada centil mula berbuah


Buahnya semakin lebat





Dua polibeg pokok lada centil berbuah lebat.


Buah lada centil mengarah ke atas berbanding
lada cili kampung mengarah ke bawah.

Salam bertani.

Jumaat, 25 September 2020

JDT 03

 Salam bertani


Si bulus ni wak sekeluarga panggil Olie.
Olie ni tak tidur dalam kandang macam kucing2 yang lain.
Dia tidur dalam bilik wak.
Tapi kalau bergambar tak pernah reti nak senyum.


Pondok bunga orkid tepi rumah.
Ada beberapa pokok orkid yang sedang berbunga.


Ni pokok pisang nangka di dusun wak.
Buahnya hampir matang.
Buah pisang nangka biasanya dibuat goreng pisang.


Sayur tumis pucuk paku merah (midin)
Pucuk paku merah ni banyak tumbuh kat tepi dusun wak.
Kalau buat bubur lambuk letak pucuk paku nilah.



Buah nangka madu J33 tuaian dari dusun.
Wak tukang mengupasnya dan simpan dalam esbok.
Kalau wak tak kupas, semua tak reti makan.


Pokok bunga Waititi di tepi pintu pagar rumah wak.
Ada dua pasu kiri dan kanan.
Waititi tu bermaksud Y T T.
Orang panggil pokok bunga Yesterday today tomorrow.
Sebab bunganya tahan 3 hari dan berbeza pada setiap hari itu.


Ni ulat gulung daun pisang.
Dia akan menggulung daun pisang menjadi sarangnya.
Kalau tidak dikawal, boleh gondol pokok pisang tu.
Ulat ni bagus buat umpan memancing.


Pokok renek hutan ni tumbuh kat dusun wak.
Tak tahu pokok apa tapi rajin berbunga.


Dulu2 wak rajin bawa bekal pergi kebun terutama kalau kerja nyawit.
Sekarang bawa bekal air aje sebotol.
Lauk ikan bawal emas masak singgang,
Sambal sotong bertelur dan tumis sayur campur.

Salam bertani.

Rabu, 23 September 2020

Isnin, 21 September 2020

Menu Kampungan

 Salam bertani.


Wak nak kongsikan menu santapan wak sekeluarga sepanjang  hari ini. Menu sarapan, makan tengah hari dan makan malam serta minum petang. Wak sangat jarang makan di luar dan menu makanan harian biasanya berasaskan bekalan tanaman dan ternakan yang ada di sekeliling rumah.



Sarapan pagi:
Cekodok pisang kapas
Telur ayam kampung rebus


Menu makan tengah hari dan malam :
Ayam kampung masak kari + terung unggu


Menu makan tengah hari dan malam :
Sayur tumis buah betik


Menu minum petang :
Isi buah cempedak goreng.


Inilah buah pisang kapas. Buahnya sesuai dibuat
cekodok, lempeng atau kek pisang.
Ada banyak pokok pisang kapas di sekeliling rumah wak.


Telur ayam kampung kutipan sehari.
Biasanya wak  rebus buat sarapan atau goreng dadar.
Stok buah tangan untuk anak2 dan adik beradik yang pulang ke kampung.


Stok seminggu.
Wak jarang2 beli ayam kat pasar.


Terung panjang unggu ni wak tanam dalam polibeg.
Tanam 12 pokok hasilnya tak termakan.


Pokok betik tepi dapur.
Buah yang hampir masak dibuat sayur tumis.


Buah cempedak kampung tengah musim.
Asyik menggoreng cempedak ajelah.

Salam bertani.

Ahad, 20 September 2020

Jumaat, 18 September 2020

JDT 02

 Salam bertani

Jendela Diari Tani (JDT) yang sempat wak jepret pada minggu ini.



Kakak sulung wak dah jadi orang Negeri Sembilan.
Hari Malaysia yang lepas dia balik kampung.
Bunga kantan merah ni dia bawa balik N9 semua.


Ni pun dia bawa balik N9


Cempedak kampung dari dusun wak.


Anak ayam kampung ni baru menetas, wak dah
pisahkan daripada ibunya.
Ibunya masih lagi mengeram.


Budak ni numpang kat rumah wak.
Anak wak panggil 'Kent'


Kucing2 wak tak makan nasi.
Makan benda dalam nilah.


Anak wak yang duduk Melaka pesan nak
pokok serai hidup.
Wak dah sediakan.
Nanti balik kampung dia ambil.


Ni hasil daripada hujung halaman aje.


Kudapan petang.
Keladi putih goreng celup tepung bestari.


Pokok buluh madu yang wak tanam baru2 ni
dah mula merimbun.


Anak pokok durian duri hitam ni dah berumur 2 tahun lebih.
Hari2 wak melawat dan berbual dengannya.

Salam bertani.

Rabu, 16 September 2020

WW :189 Nasi Ayam Cirit

 Salam bertani

Selamat menyambut Hari Malaysia


Salambertani.

Isnin, 14 September 2020

Ahad, 13 September 2020

Pokok Ati-ati

 Salam bertani


Wak ada menanam sedikit pokok ati-ati di sekeliling rumah sama ada tanam dalam bekas atau tanam terus di atas tanah. Pokok ati-ati adalah tanaman hiasan yang ditanam kerana daunnya yang berwarna-warni dan pelbagai bentuk. Ia bukanlah pokok bunga kerana kita tidak menanan untuk mendapatkan bunganya yang menarik.

Pokok ati-ati merupakan pokok renek yang mempunyai batang yang lembut dan mudah ditanam menggunakan keratan batang. Ia boleh disemai terus ke dalam pasu atau di atas tanah. Memerlukan tanah yang beroganik dan perlukan penyiraman yang kerap.

Pokok ati-ati juga mengeluarkan bunga tetapi perlu dipangkas selepas berbunga kerana ia tidak lagi mengeluarkan pucuk baru. Perlu pembajaan untuk hidup subur.

Wak kongsikan beberapa pokok ati-ati yang terdapat di sekeliling rumah.










Salam bertani.