Isnin, 30 September 2019

Sabtu, 28 September 2019

Tuaian Hari ini

Salam bertani

Penghasilan buah-buahan bermusim sudah melabuhkan tirainya. Sebahagian pokok buah-buahan sudah berbunga semula untuk musim ke-dua. Ada pokok durian, kuini, pulasan dan rambutan yang mengeluarkan bunga sempena kemarau ini.

Yang ada sekarang adalah hasil tanaman yang tidak bermusim. Inilah sedikit tuaian daripada dusun WP untuk santapan wak sekeluarga.


2 biji nangka madu J33
2 biji nanas josapine
4 biji betik
setandan pisang rastali

Salam bertani.

Jumaat, 27 September 2019

Kemarau : Mereka Terpaksa Berdiet

Salam bertani

Tahun ini sangat mencabar bagi aktiviti penternakan lembu WP apabila dua kali dilanda kemarau. Kemarau pertama melanda pada awal tahun dan disusuli kemarau ke-dua pada masa ini. Kemarau kali ini agak hebat kerana cuaca yang panas terik dan tiada hujan yang berpanjangan diikuti pula oleh masalah jerebu.

Wak dah tunjukkan keadaan parit di dusun WP yang kering kontang semasa musim kemarau ini. Kali ini wak nak tunjukkan keadaan padang ragut tempat wak menternak lembu yang terjejas teruk akibat kemarau. Kasihan lembu-lembu ternakan wak yang terpaksa berdiet kerana kekurangan makanan.


Keadaan padang ragut semasa kemarau sekarang


Kebanyakan rumput mati kerana tiada hujan


Panas dan berjerebu

Hanya ada rumput di tebing sungai


Si ePool termenung kepanasan dan kekurangan makanan.
Mengharapkan hujan turun membasahi bumi.


Si Siti kelihatan susut  kerana terpaksa berdiet.


Gambar ePool sebelum musim kemarau.
Nampak sihat dan rumput  tebal menghijau.


Keadaan padang ragut sebelum musim kemarau.

Alhamdulillah, hujan lebat sudah mulai turun sempena peralihan monson sekarang.
Padang ragut memerlukan masa dua minggu untuk menghijau kembali.

Salam bertani.

Rabu, 25 September 2019

WW 146 : Entri Dulu-dulu

Salam bertani

Tajuk : Bunga Dan Buah

Tarikh : 26 Oktober 2015





Salam bertani.

Isnin, 23 September 2019

Ahad, 22 September 2019

Membaja Organik

Salam bertani

Selain menggunakan baja kimia, tanaman juga memerlukan baja organik untuk proses tumbesarannya. Baja organik ialah baja tanaman yang berasal daripada sisa tumbuhan dan sisa haiwan seperti tahi ternakan, kompos, baja ikan, guano dan lain-lain. Ada baja organik asli, ada yang boleh dibuat sendiri  dan ada juga baja organik yang telah diproses di kilang untuk memudahkan penggunaannya.

Walau pun baja organik mempunyai unsur NPK yang rendah tetapi ia mempunyai banyak kebaikan lain teutama untuk memperbaiki tekstur tanah dan untuk mengekalkan  kelembapannya. Ia juga tidak merosakkan tanaman dan mampu bertahan lama.

Hari ini, wak membaja organik tanaman-tanaman anak pokok yang terdapat di dusun WP.


Baja organik proses
40 kg satu beg.


Jom membaja


Baja organik berpelet
Perlu ditaburkan di sekeliling perdu anak pokok.


Anak manggis mesta yang baru dibaja.
Akan mengeluarkan pucuk baru apabila musim hujan nanti. 


Anak pokok cempedak durian
Bertahan menghijau walau pun kemarau.


Anak pokok abiu



Anak pokok nangkadak

Salam bertani.

Jumaat, 20 September 2019

Musim Kemarau

Salam bertani.

Cabaran utama bagi seorang petani ialah musim kemarau. Tahun ini sudah dua kali kemarau iaitu pada awal tahun dan sekarang. Musim kemarau sekarang agak hebat kerana cuaca yang panas terik dan ditambah pula dengan kehadiran jerebu.

Sumber air di dusun WP sudah kering kontang. Wak terpaksa mengothong air daripada rumah untuk menyiram anak-anak pokok terutama anak-anak durian yang baru ditanam. Rumput di padang ragut juga sudah botak kerana tiada hujan. Harap-harap cepatlah monsun timur laut bertiup membawa air yang dinanti-nantikan.


Parit yang terdapat di sempadan dusun WP
Ada sumber air untuk menyiram tanaman


Keadaan parit yang sama sekarang.
Kering kontang


Parit di hujung dusun yang baru digali pada awal tahun


Juga kering kontang sekarang.


Parit yang terdapat di tengah-tengah dusun WP
Air yang jernih dan mengalir laju.


Juga kering kontang sekarang.


Hari ini masjid-masjid di seluruh JDT mendirikan solat hajat selepas solat jumaat memohon hujan dan mengurangkan jerebu. Mudah-mudahan Allah kabulkan.

Salam bertani.

Khamis, 19 September 2019

Ikan Air Tawar

Salam bertani

Salah satu sumber lauk pauk makanan kita ialah ikan dan hidupan air tawar. Ikan air tawar ini hidup secara semula jadi di sungai, tasik, tali air, parit dan sebagainya. Sebahagian ikan air tawar ini sekarang dibiakkan dan diternak secara komersial kerana permintaannya yang tinggi. Sebahagiannya pula sudah amat sukar dijumpai dan kemungkinan akan pupus.

Sejak kecil wak dah biasa bergelumang dengan hidupan air tawar ini kerana tinggal berhampiran sungai, tasik dan sawah padi. Apatah lagi, arwah bapa wak dulu memang bekerja sambilan dan mempunyai kepakaran sebagai nelayan darat. Wak selalunya menggunakan jala, jaring, tajur atau pancing untuk mendapatkan hidupan air tawar ini.  Cuma sekarang, wak hanya sesekali mengukur sungai untuk menjejaki hidupan air tawar ini.

Wak nak tunjukkan beberapa jenis hidupan air tawar yang sempat dirakamkan sebelum menjadi mangsa santapan wak sekeluarga.


Ikan tilapia


Ikan temperas


Ikan puyu


Ikan haruan


Ikan keli


Ikan patin (yang besar)


Ikan sepat perak


Ikan tapah


Ikan baung


Ikan jelawat


Ikan ketutu


Ikan toman


Ikan sebarau


Ikan lalang


Ikan belida


Udang galah


Ikan keting


Udang kara


Ikan terebul


Hasil sepenjalaan


Hasil sepenjalaan yang lain.


Salam bertani.