Rabu, 31 Januari 2018

Isnin, 29 Januari 2018

MB 33 : Tuai Pisang

Salam bertani

Tuai pisang untuk jualan di paskam.


2 tandan pisang tanduk


Pisang awak.


Pisang awak sebelum dituai.
Sebahagiannya sudah matang di pokok.


Pisang nangka


Pisang jari buaya


Pisang kapas.
Salam bertani.

Ahad, 28 Januari 2018

Musim Buah Terakhir

Salam bertani.

Musim buah-buahan di kebun WP sudah hampir berakhir. Pokok terakhir yang mengeluarkan hasil ialah pokok duku terengganu. Pokok duku JDT dan pokok dokong langsung tidak berbuah. Begitu juga dengan pokok rambai yang biasanya mendapat kedudukan terakhir pun tidak berbuah.

Sepohon duku terengganu di belakang rumah sedang berbuah lebat. Sebahagian daripada buahnya sudah dituai untuk santapan keluarga. Inilah hasil buah duku terengganu yang dimaksudkan.











Salam bertani.

Khamis, 25 Januari 2018

Koleksi Bekal 3

Salam bertani

Inilah koleksi bekal WP sepanjanga dua minggu yang lepas. Terima kasih kepada Pn Is3 yang sentiasa bangun awal untuk menyediakan juadah sarapan dan bekal setiap hari WP bekerja.
Makan seorang sahaja pun berselera sebab Pn Is3 yang masak dengan ikhlas dan penuh kasih sayang.


Nasi dengan sotong sambal + ikan bawal emas
dan tumis air kobis



Telur sotong



Nasi dengan ayam goreng + ikan gelama masak taucu
dan sambal goreng jawa. 


Nasi dengan ikan ayam masak lemak cili padi + daging itik grill 
dan sayur campur goreng.



Nasi dengan pipi lembu masak kari campur sayur kacang
dan sotong goreng.


Nasi dengan masak ungkep kaki/leher ayam  dan
 tauge hijau goreng.


Nasi dengan ayam goreng + daging lembu grill +
daging lembu grill masak lemak cili api
 dan sayur campur goreng basah.



Nasi dengan ikan patin sungai goreng dan
sayur peria katak goreng telur.



Nasi dengan ikan kembung goreng dan
sayur labu + kacang panjang masak lemak dan sambal.


Nasi dengan ikan ayam goreng , ikan kering bulu ayam,
sambal ikan bilis dan sayur labu air tumis air.


Jemputlah makan.
Salam bertani.


Rabu, 24 Januari 2018

WW 69 : Bunga Jalanan

Salam Bertani.

Bunga-bunga rumputan jalanan yang sempat menyapa kaki WP sewaktu perjalanan ke tempat kerja pada suatu pagi. Maaf kerana sering tidak dihiraukan walau pun ada keindahan yang tersendiri.


















Hargailah keindahan ciptaan tuhan.
Salam bertani.

Isnin, 22 Januari 2018

MB 32 : Siti Dah Ada Baby

Salam bertani

Siti telah melahirkan anak sulungnya beberapa hari yang lalu. ( Kisah Siti ada dalam entri bertajuk 'Riwayat Hidupku'). Anak jantan Siti nampak sihat dan cergas. Anak Siti belum diberi nama dan kepada komentator yang ingin mencadangkan nama yang sesuai, sangat-sangatlah dialu-alukan.



Gambar anak Siti berumur 3 hari


Beberapa minit setelah dilahirkan.
Anak lembu sudah boleh berdiri.


Siti menjilat keseluruhan selaput yang ada pada badan anaknya.


Siti bersama anaknya yang berumur 3 hari


Si comel yang menjadi keluarga baru  WP.


Salam bertani.

Khamis, 18 Januari 2018

Perkembangan Anak-anak Si Olie

Salam bertani

Anak-anak Si Olie (entri Cucu Ramadan) dan besar panjang sekarang. Kesemuanya hidup dengan sihat dan ceria. Mereka dah berumur lebih tujuh bulan sekarang. Anak-anak Si Olie adalah kucing kampung biasa kerana bapa mereka adalah kucing jalanan yang biasa bertandang dan makan di rumah WP.


Si Olie melahirkan anak pada 01 Ramadan yang lepas.


Empat ekor anak Si Olie


Anak-anak Si Olie sedang menyusu



Anak pertama Si Bubu (dulu)


Si Bubu sekarang


Anak ke dua Si Lulu (dulu)

Si Lulu sekarang


Posing dari Si Lulu 


Anak ke tiga Si Jep (dulu)


Si Jep sekarang


Anak ke empat Si Bella (dulu)


Si Bella sekarang


Si Olie sekarang


Si Olie semakin montel selepas dispaying

Salam bertani.