Rabu, 29 Mac 2017

Ahad, 26 Mac 2017

Telur Ayam Jantan.

Salam bertani.

Sewaktu memeriksa sangkar telur ayam kampung, WP terjumpa lima biji telur ayam yang luar biasa saiznya. Menurut lagenda orang dulu-dulu, telur sebegini dikatakan telur ayam jantan iaitu telur yang dihasilkan oleh seekor ayam jantan. Di mana logiknya WP pun tidak tahu, kerana mustahil seekor ayam jantan akan bertelur seperti persamaan seorang lelaki akan mengandung.

      Yang sahihnya  telur tersebut memang telur ayam kampung kerana di dalam reban tersebut dikurung seekor ayam jantan dan beberapa ekor ayam betina yang sedang bertelur.



Lima biji telur ayam di tapak tangan WP


Keadaan asal telur-telur ayam kampung di dalam sangkar.
Ada dua saiz yang berbeza.


Perbezaan saiz di antara telur ayam kampung betina dengan
telur ayam kampung jantan.


Telur itik (putih), telur ayam kampung (tengah) dan
telur ayam jantan (paling kecil).



Telur ayam jantan sama saiznya dengan telur burung puyuh.


Lima biji telur ayam jantan.

Adakah benar ini telur ayam jantan?
Waulahualam.

Salam bertani.

Rabu, 22 Mac 2017

Selasa, 21 Mac 2017

Ternakan Ayam 2

Salam bertani.

Menternak ayam merupakan salah satu hobi dan pekerjaan sambilan yang WP lakukan setiap hari. Ayam-ayam yang diternak adalah untuk kegunaan sendiri dan jarang-jarang dijual kecuali telur ayam kampung.

         Anak-anak ayam yang menetas akan dikurung bersama-sama ibunya sehingga beberapa minggu sebelum dipisahkan. Anak-anak ayam akan terus dikurung di dalam sangkar sebelum dilepas bebas apabila berumur dua bulan. Ayam-ayam jantan dewasa akan dituai manakala ayam-ayam betina dewasa terpilih akan terus dipelihara untuk menghasilkan telur dan anak ayam.


Anak-anak ayam kampung yang masih dikurung di dalam reban.


Anak-anak ayam kampung yang baru menetas.


Anak-anak ayam dipelihara oleh ibunya di dalam rumah didik.


Pandangan daripada luar reban.


Anak-anak ayam yang hampir dewasa dilepas bebas dan masuk
ke dalam reban pada waktu malam.


Dua ekor  anak ayam jantan yang sudah boleh dituai.


Si Putih dan bini-bininya di dalam reban. 
Ayam-ayam betina akan menghasilkan telur untuk dimakan sendiri,
 dijual atau dieramkan.



Dua ekor ibu pengeram ayam kampung


Baka ayam gajah.
Cepat membesar  dan saiznya juga besar.


Bapak ayam kampung muda.


Ayam betina kacukan.
(Bapa ayam gajah dan ibu ayam kampung)


Ayam kampung ori jantan


Ayam selasih. Dagingnya berwarna hitam.



Ayam hutan jantan dewasa


Ayam hutan jantan bersama bini-bininya.
Lepas bebas dan tidur di atas pokok pada waktu malam.
Ayam hutan tidak mahu tidur di dalam reban.


WP masih mengunakan cara manual menyembelih dan memproses ayam. Telur-telur ayam juga dieramkan secara semula jadi oleh ibu-ibu ayam. Anak-anak ayam akan dipelihara oleh ibunya untuk jangka masa beberapa minggu.

Salam bertani.

Sabtu, 18 Mac 2017

Durian Luar Musim

Salam bertani.

Ada beberapa pokok durian kampung di dusun WP yang sedang berbuah dan telah mula menggugurkan buahnya. Ini adalah tuaian durian luar musim yang ke-dua selepas musim yang sebenarnya. Buah durian luar musim pada kali ini tidaklah banyak apatah lagi terpaksa berbahagi rezeki dengan makhluk lain. Syukur Alhamdulillah, bahagian tuan dusun tetap ada.



Hasil kutipan sepetang


Kutipan pertama.


Perdu pokok durian dibiarkan berumput 
untuk mengekalkan kelembapan tanah.


Seraga motor


Tuaian berikutnya.


Isi durian kampung luar musim


Rezeki petani.


Salam bertani.

Rabu, 15 Mac 2017